Pages

Monday, December 6, 2010

Bersyukur

Bersyukur itu besar pengertiannya. Menghargai setiap apa yang telah Allah kurniakan kepada kita.

Bersyukurlah kerana kita masih hidup dan masih berpeluang untuk bertaubat. Kerana kita tidak tahu berapa lama lagi kita akan hidup.

Bersyukurlah kerana kita tinggal di negara yang aman damai. Cuba kita bayangkan andai kita berada di negara yang mengalami peperangan. Hidup berada di dalam ketakutan harta benda musnah dan nyawa boleh melayang bila-bila masa.
Penat berkerja - tandanya kita masih mampu berkerja kerana ada ramai lagi orang yang terlantar tak mampu berkerja.

Bersyukurlah kerana mempunyai rumah untuk berlindung.

Bersyukur kita mempunyai keluarga kerana ada orang yang tinggal sebatang kara tanpa saudara mara.


Bersyukurlah dengan apa saja yang kita ada kerana Allah berhak mengambil bila-bila masa sahaja apa yang dipinjamkan kepada kita tanpa amaran.


Begitu juga jika dilanda musibah bencana alam, kebakaran, kemalangan dan lain-lain lagi. Bagaimana perasaan kita apabila apa yang kita ada, ditarik oleh Allah walaupun sedikit sering kita terasa peritnya. Jadi sentiasalah bersyukur akan nikmat yang tuhan bagi kerana ia amat berharga kerana ramai lagi yang berada dalam serba kekurangan.

Sama-samalah kita berdoa agar segala kebaikan yang telah diberi kepada kita dikekalkan oleh Allah. Selalulah mengucapkan alhamdulillah tanda syukur kita kepadanya.

0 ulasan: