Pages

Monday, December 13, 2010

Coklat Berbentuk Ikan










Peralatan yang digunakan:

Kepingan marmar
Acuan plastic berbentuk ikan
Scraper/alat perata
Jangka suhu/ thermometer

Bahan-bahan:
250gm Coklat gelap tulen


Cara membuat:
Blok coklat dipotong dan dihiris kepada kepingan-kepingan kecil supaya mudah dicairkan.

Teknik pencairan dengan menggunakan kaedah ‘double boiler’. Proses ini mengambil masa selama kira-kira 10-15 minit dengan suhu mencecah 45-50’c.

Pastikan wap air panas tidak masuk kedalam coklat kerana ia akan merosakkan tekstur coklat.

Tuangkan ¾ coklat yang telah dicairkan keatas permukaan kepingan marmar.Tinggalkan ¼ lebihan coklat tadi di dalam magkuk.


Suhu didalam bilik mestilah pada paras 24-25’c. (berhawa dingin)


Proses penstabilan kistal perlu dilakukan dengan segera untuk menurunkan suhu coklat daripada 45-50’c kepada 29’c.

Seterusnya, coklat tadi bolehlah dimasukkan kedalam acuan dan diratakan dengan menggunakan alat perata atau spatula plastik.


Setelah permukaan acuan tadi dibersihkan, acuan coklat perlu dihentakkan supaya tiada gelembung udara yang terperangkap di dalam coklat.


Sejukkan coklat yang telah siap kedalam peti sejuk selama 15-20 minit pada suhu 7-10’c.

Coklat yang sudah lekang boleh dikeluarkan dari acuan dengan mudah dan dihidangkan.

sumber inspirasi koko

0 ulasan: