Pages

Saturday, December 11, 2010

Coklat kekacang dan buah-buahan


Peralatan yang digunakan:
Kepingan marmar
Scraper/alat perata
Jangka suhu/ thermometer
Mangkuk kertas bersaiz kecil
Sudu kecil

Bahan-bahan:
250gm Coklat susu tulenBuah-buahan campuran (Oren, betik dan kismis) (secukupnya)Emping jagung, bertih beras,(badam hiris (dipanggang)) (secukupnya)Coklat urai berwarna (hiasan)
Cara membuat:
  • Blok coklat dipotong dan dihiris kepada kepingan-kepingan kecil supaya mudah dicairkan.
  • Teknik pencairan dengan menggunakan kaedah ‘double boiler’. Proses ini mengambil masa selama kira-kira 10-15 minit dengan suhu mencecah 45-50’c.
  • Pastikan wap air panas tidak masuk kedalam coklat kerana ia akan merosakkan tekstur coklat.
  • Tuangkan ¾ coklat yang telah dicairkan keatas permukaan kepingan marmar.Tinggalkan ¼ lebihan coklat tadi di dalam magkuk.
  • Suhu didalam bilik mestilah pada paras 24-25’c.(berhawa dingin)
  • Proses penstabilan kistal perlu dilakukan dengan segera untuk menurunkan suhu coklat daripada 45-50’c kepada 27’c.
  • Seterusnya, kesemua buah-buahan campuran dan juga kekacang, emping jagung dan bertih beras dicampurkan sekali.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata bersama coklat yang telah stabil suhunya.
  • Menggunakan dua camca teh, masukkan adunan didalam mangkuk kertas bersaiz kecil, dan hiaskan dengan coklat urai berwarna.
  • Sejukkan coklat yang telah siap kedalam peti sejuk selama 15-20 minit pada suhu 7-10’c.

    Sumber inspirasi koko 

0 ulasan: