Pages

Saturday, December 11, 2010

Resepi Coklat Berinti Kacang






Peralatan yang digunakan:

Kepingan marmar
Acuan plastik
Scraper/alat perata
Jangka suhu/ thermometer
Sudu kecil

Bahan-bahan:
250gm Coklat susu tulenKacang Badam (dipanggang)
Kacang Hazel (dipanggang)

Cara membuat:
  • Blok coklat dipotong dan dihiris kepada kepingan-kepingan kecil supaya mudah dicairkan.
  • Teknik pencairan dengan menggunakan kaedah ‘double boiler’. Proses ini mengambil masa selama kira-kira 10-15 minit dengan suhu mencecah 45-50’c.
  • Pastikan wap air panas tidak masuk kedalam coklat kerana ia akan merosakkan tekstur coklat.
  • Tuangkan ¾ coklat yang telah dicairkan keatas permukaan kepingan marmar.Tinggalkan ¼ lebihan coklat tadi di dalam magkuk.
  • Suhu didalam bilik mestilah pada paras 24-25’c. (berhawa dingin)
  • Proses penstabilan kistal perlu dilakukan dengan segera untuk menurunkan suhu coklat daripada 45-50’c kepada 27’c.
  • Seterusnya, coklat tadi bolehlah dimasukkan kedalam acuan dan diratakan dengan menggunakan alat perata atau spatula plastik.
  • Setelah permukaan acuan tadi dibersihkan, acuan coklat perlu dihentakkan supaya tiada gelembung udara yang terperangkap di dalam coklat.
  • Letakkan kacang badam atau kacang hazel kedalam coklat dan tekan dengan menggunakan hujung sudu.Lebihan coklat tadi perlu dibersihkan dengan alat perata atau scraper.
  • Sejukkan coklat yang telah siap kedalam peti sejuk selama 15-20 minit pada suhu 7-10’c.
  • Coklat yang sudah lekang boleh dikeluarkan dari acuan dengan mudah dan dihidangkan.

0 ulasan: