Pages

Saturday, December 11, 2010

Strawberry Coklat Lollipop
















Peralatan yang digunakan:

 Kepingan marmar
Acuan plastik berbentuk strawberry
Batang lolipop
Scraper/alat perata
Jangka suhu/ thermometer

Bahan-bahan:
250gm Coklat putih tulenPewarna merah (berasaskan minyak)

Cara membuat:
  • Blok coklat dipotong dan dihiris kepada kepingan-kepingan kecil supaya mudah dicairkan.
  • Teknik pencairan dengan menggunakan kaedah ‘double boiler’. Proses ini mengambil masa selama kira-kira 10-15 minit dengan suhu mencecah 45-50’c.
  • Pastikan wap air panas tidak masuk kedalam coklat kerana ia akan merosakkan tekstur coklat.
  • Tuangkan ¾ coklat yang telah dicairkan keatas permukaan kepingan marmar.Tinggalkan ¼ lebihan coklat tadi di dalam magkuk.
  • Suhu didalam bilik mestilah pada paras 24-25’c. (berhawa dingin)
  • Proses penstabilan kistal perlu dilakukan dengan segera untuk menurunkan suhu coklat daripada 45-50’c kepada 29’c.
  • Seterusnya, coklat tadi bolehlah dicalitkan dengan menggunakan berus atau jari (coklat putih) dan lebihan coklat putih tadi di campurkan dengan sedikit pewarna merah yang berasaskan minyak. Tuangkan coklat yang berwarna merah tadi kedalam acuan dan bersihkan dengan menggunakan alat perata.
  • Setelah permukaan acuan tadi dibersihkan, acuan coklat perlu dihentakkan supaya tiada gelembung udara yang terperangkap di dalam coklat.
  • Sejukkan coklat yang telah siap kedalam peti sejuk selama 15-20 minit pada suhu 7-10’c.
  • Coklat yang sudah lekang boleh dikeluarkan dari acuan dengan mudah dan dihidangkan-Sumber inspirasi koko 





       
     

0 ulasan: