Pages

Monday, December 26, 2011

Kek Kukus Rainbow




Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 1/2 cawan gula kastpr
5 biji telur ayam
Pewarna
1 st ovallet
essen vanila




Cara-Cara


1. Putar telor dan gula sehingga benar-benar kembang dan putih
2, Masukkan santan, ovallet dan esen vanila dan putar lagi.
3. Kemudian masukkan tepong yang telah diayak dengan baking powder. Putar sehingga sebati.
4. Asingkan adunan kepada 3 mangkuk dan warnakan mengikut kemahuan sendiri.
5. Kukus selapis demi selapis sehingga habis.

Resepi Apam Eno

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno

Caranya:
1. Blend semua bahan kecuali eno. Kemudian perap dalam 3 atau 4 jam.

2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.


Resepi Popiah Goreng





Bahan-bahan:
Bahan kulit popia ~ secukupnya
minyak untuk menggoreng
Air - untuk melekatkan kulit popiah


Bahan untuk inti:
Udang ~ dipotong dadu
1 batang carrot ~ disagat/potong halus
1 labu bawang besar ~ didadu
3 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa.


Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yg ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan udang, bawang besar dan carrot, kacau rata.
3. Masukkan garam dan gula. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun ke dalam mangkuk.
5.  Letak inti popia ditengah kulit popia dan gulungkan sehingga hujung dan gamkan hujung dengan air.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
7. Bila telah kekuningan bolehlah angkat dan toskan minyak


Untuk sos popia
3 sudu besar cili kering kisar
1 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
1 sudu besar gula perang/merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil sos ikan
sedikit garam
tepung jagung-dibancuh dengan sedikit air
bijan dan kacang tanah tumbuk

Cara-cara
Kisar semua bahan2 kecuali bahan *
Rasakan garam dan gulanya
Panaskan sekejap di atas api
Tambah tepung jagung untuk pekatkan kuah
Akhir sekali, bolehlah ditabur dengan bijan dan kacang tanah.




Thursday, December 15, 2011

Ayat Mengelak terkena sihir atau santau



"Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan juga seruanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikannya, dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain (setelah kamu dibinasakan) dan kamu pula tidak akan dapat membahayakanNya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemelihara tiap-tiap sesuatu".
Hari ni saya nak kongsi info diatas dari Ustaz Sharhan Safie di TV9 hari ni dalam tajuk Perubatan Islam.

PETUA UNTUK MENGETAHUI MADU ASLI

Ambil sebatang mancis, celupkan bahagian yang ada belerang di dalam madu kemudian gores. Jika mancis itu menyala, madu itu asli jika tidak madu itu bukan asli. (petua Ustaz Sharhan dalam tanyalah ustaz TV9 - Perubatan islam)

Saturday, December 10, 2011

KEK KUKUS VELVET (BEROMBAK)


resepi source : dayangjack
Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )
  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
  • 10 sb mentega cair (100g)
  • pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk koko


Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuklapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
  7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
  8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
  9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
  10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.
saya buat adunan yang diatas.

bahan 1/2 adunan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung semolina
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 90 g gula kastor
  • secubit garam
  • 3 biji telur A
  • 6 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 2 sudu besar serikaya
  • 60 ml susu cair
  • pewarna kuning, pes pandan dan merah jambu
  • serbuk milo untuk melapis
Cara-cara : sama seperti di atas.

Apam Salju


BAHAN-BAHAN

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur
  2. Setelah hancu + gula dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Friday, December 9, 2011

RESEPI BLUEBERRY CHEESE TART






baru belajar jadi rupanya tak cantik


BAHAN PASTRY
1 biji telur
100g butter
75g icing sugar
200g tepung gandum

CARANYA
Semua bahan disatukan dan diuli sehingga menjadi doh
Bulat2 kan doh sebesar ibu jari dan tekan dlm acuan tat & cucuk2 kan sikit dgn garpu.
Bakar selama 15minit - 160°C

KRIM CHEESE
250g keju Philadelpia/Tatura (saya guna scs)
60g icing sugar
1 biji telur

CARANYA
Pukul semua bahan sehingga halus & rata
pipekan dulu sedikit blueberry filling kemudian tutupkan pula dgn krim cheese
lepas tu barulah dilorek mengikut corak disukai
(sedikit krim cheese + sdikit bluberry kaler - dan dilorekkan ke atas prmukaan tat)
kemudian di bakar sekejap

Sunday, December 4, 2011

Kek Kukus Valvet




5 biji telur (dr peti ais)
225g gula halus = 1 cawan rata + 2 sd rata
220 g tepung gandum = 2 cawan rata
1 sk rata baking powder
1 sb ovalette
200 ml susu/santan
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanila
perwarna (ikut suka)

1. Putar telor dengan gula sehingga gebu.

2. Masukkan ovallette,  santan, garam dan  tepung yg telah diayak dengan baking powder. Putar lagi.

3. Masukkan minyak dan putar pelahan sehingga sebati.

4. Bahagi 2 adunan dan warnakan.

5. separuh saya kukus dalam loyang dan separuh saya buat dalam bentuk apam polkadot.

Kek ni sangat lembut dan gebu.

Saturday, December 3, 2011

KEK VELVET BERALUN HAWFLAKES (VERSI BAKAR)








Bahan:- ( loyang bulat 8 inci)

• 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
• 225 gm gula halus
• 220 gm tepung gandum
• 1 sudu kecil rata baking powder
• 1 sudu besar ovallette
• 150 ml susu cair ( saya guna santan 200ml)
• 1/2 sudu kecil garam
• 100 gm minyak jagung/masak
• 1 sudu kecil esen vanila
• beberapa titis pewarna merah dan hijau
• asam hawflakes secukupnya

Cara Membuat:-

1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
5. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
6. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.


Note : saya lapiskan satu persatu dan kemudian terus bakar jadi lapisannya beralun.

Tuesday, October 11, 2011

Resepi Kek Karemel

Assalamualaikum....

alhamdullillah...setelah seminggu menyimpan resepi azita, hari ni saya memberanikan diri untuk membuat kek ini. walaupun takut tak menjadi.



Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan




Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(jgn bakar lagi)


Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sedikit - sedikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.


Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2 (saya tak letak)

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan  terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.


saya bahagikan adunan kepada 2 bahagian yg sama banyak - biru dan merah.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
saya buat dua warna - biru dan merah. Tuang 3 sudu lapisan biru, kemudian 3 sudu lapisan merah di tengah-tengah lapisan biru. Buat begini sehingga habis.


Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 C terlebih dahulu. Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Monday, October 10, 2011

Resepi Muffin Chocolate

Ni project selepas balik kerja..





Resepi ni mengguna mix muffin chocolate. Resepi sama kat sini bezanya cuma tukar kepada mix chocolate muffin . lain2 sama je......

Resepi Muffin Blueberry


Muffin yang paling mudah hanya campurkan semua bahan-bahan dan bakar. Hanya mengambil masa 30 minit dah siap... ini muffin yang saya buat sebelum pergi kerja pagi ni sambil masak nasi dan ayam masak kicap untuk anak2. sangat mudah. Mix muffin flour ni boleh didapati di semua kedai yang menjual bahan2 kek.


Bahan-Bahan (32 biji - saiz medium)

1 Paket Mix Flour Blueberry (Instant)
3 Biji Telor
110ml Air
110ml Minyak Jagung / Minyak Masak


Cara-Cara

1. Blender Telor + Air + Minyak Jagung sekejap supaya sebati. 
2. Masukkan Tepung (mix muffin blueberry) kedalam mangkuk.
3. Kemudian masukkan bancuhan telor yang telah di blender dan gaulkan sehingga sebati.
4. Panaskan ketuhar180 C.
5. Sediakan acuan muffin kemudian sudukan bancuhan muffin sehingga 3/4 acuan.
6. Masukkan muffin ke dlm ketuhar selama 20 minit.

Saturday, October 8, 2011

Resepi Kek Lumut

Resepi ni saya ambil kat dayangjackblogspot. tapi resepi ni saya dah adjust sikit. 







Bahan-bahan : Loyang 7” x 7”

  • 1 ½ gelas tepung gandum (diayak) saya guna 1 gelas
  • 8 biji telur A (guna 5 biji)
  • 450 gm mentega berkualiti ( saya guna 250gm SCS)
  • 1 gelas gula halus (kisar halus lagi jika suka)
  • 200 gm horlicks (guna 100 gm)
  • Pewarna hijau Pandan (Star Brand) + paste pandan
  • 1 tin kecil Seri Kaya
  • 1 tin kecil susu pekat manis (saya guna 1/2 tin)
  • 1 sk esen vanilla


    Cara-cara :

    1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
    2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
    3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
    4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
    5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
    6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
    7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
    8. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)

    Wednesday, October 5, 2011

    Resepi Spaghetti Aglio Olio

    Menu breakfast pagi ni...


    Bahan-bahan

    500 g spaghetti
    1 kg seafood (udang, sotong dan kepah) (letak udang 300g)
    1 cawan minyak zaitun (olive oil) (letak minyak canola)
    3 ulas bawang putih (dihiris)
    3 sudu besar chili flakes (tak letak)
    3 sudu besar oregano flakes
    3 sudu besar parsley flakes (tak letak)
    1 sudu kecil lada hitam
    1 sudu kecil garam
    1 kiub pati ayam


    Tambah - sayur kacang peas dan batang sadeli

    Cara-cara
    1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
    2. Panaskan minyak zaitun/canola, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
    3. Masukkan oregano flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
    4. Masukkan spaghetti, udang dan sayur. Kacau hingga sekata.
    5. Siap untuk dihidangkan.

    Tuesday, October 4, 2011

    Resepi Kueh Lompang

    Assalamualaikum... hari ni saya telah mencuba resepi kueh lompang yang saya dapat di blog kak wan. terimakasih kerana resepi yang mudah dan sedap ini.. 






    Bahan A (36 biji).
    1 cawan gula

    2 cawan air


    Bahan B
    2 1/2 cawan tepung beras

    1/2 cawan tepung ubi atau tepung sago

    2 cawan air

    1 sudu teh esen rose

    1 sudu teh air kapur


    Bahan C
    1/2 biji kelapa parut

    Sedikit garam

    (Gaulkan dan kukus sebentar)



    Cara-cara :
    1. Masak bahan A hingga gula larut.  Tapis dan sejukkan.

    2. Satukan bahan B, sebatikan dan tuangkan bahan A (air gula), gaul hingga rata,  kemudian ditapis.

    4. Panaskan pengukus dan acuan lompang.

    5. Tuang adunan ke dalam mangkuk lompang dan kukus selama 25-30 minit.

    6. Warnakan mengikut kesukaan masing2. saya buat 3 colour (coklat/merah/hijau)


    7. Setelah masak biarkan sejuk dan keluarkan lompang.  Hidang dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam

    Friday, September 30, 2011

    RESEPI MUFFIN CHOCOLATE CHIP

    hari ni muffin lagi ... 




    Bahan A 
    2 cawan tepung gandum
    1 1/4 cawan serbuk koko
    2 sudu kecil baking powder
    2 sudu kecil soda bikarbonate
    3 sudu teh nescafe
    sedikit garam

    Bahan B 
    2 cawan gula kastor
    1 cawan minyak masak
    1 cawan susu cair atau susu segar
    3 biji telur
    1-2 sb oren sunquick

    Bahan C 
    3/4 cawan air panas

    Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.

    Thursday, September 29, 2011

    Resepi Muffin Pandan vs Cupcake Pandan

    Assalamualaikum..


    Inilah hasil muffin pandan vs cupcake yang saya buat malam ni .. mood rajin sikit.




    Bahan-Bahan (24 biji - medium saiz)


    3 biji telor
    3 cawan tepung naik sendiri
    2 cawan mentega cair / minyak jagung
    2 cawan susu segar
    1 1/2 cawan gula castor
    1 sudu teh garam
    1 sudu kecil baking powder
    1 sudu kecil baikabonat soda
    1 sudu perasa pandan
    1 sudu perwarna hijau pandan


    Cara-cara


    Campurkan semua bahan-bahan diatas dan blender sekejap sehingga semuanya sebati. Kemudian masukkan bancuhan kedalam acuan muffin dan bakar selama 15 minit.

    Friday, September 23, 2011

    Kek Lapis coklat

    i lah hasil kek lapis yang saya buat sekitar jam 11.00 mlm... 4 color merah, kuning, coklat dan biru. di letak cooking coklat yang dipotong kecil. Thanks easybake... Resepi dah ditukar sikit mengikut stock apa yang ada..





    Bahan-bahan ( loyang 4 segi 7x7) 
    4 biji telur sejuk saiz B @ 3 biji saiz besar (A) (dari petiais)
    1/2 cawan gula halus
    1 cawan tepung gandum yang berkualiti (sya letak 2 cawan)
    1/2 sudu kecil rata baking powder
    1/2 sudu besar ovalette
    75 ml susu cair
    1/4 sk garam
    50 ml minyak sayur atau minyak jagung (sya letak minyak masak biasa je)
    1/2 sudu kecil vanilla
    sedikit coklat emulco -
    coklat bar/chip atau atau apa-apa coklat yang sesuai secukupnya (sya letak cooking coklat yg dipotong kecil)




    Cara-cara

    1. Sediakan pengukus dan sapu sedikit butter pada loyang.

    2. Ayak tepung garam dan baking powder, kemudian campur kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak, coklat bar dan  coklat emulco.

    3. Pukul selama 3-4 minit (stand mixer) atau 5-7 minit (hand mixer) sehingga adunan menjadi kembang dan ringan. Masukkan minyak dan kaup balik degan senduk kayu atau spatula hingga sebati. (masa ni jangan terlebih kacau je)

    4. Tuang adunan coklat dan ratakan keseluruh loyang. Kukus selama 5 minit dalam kukusan yang telah mendidih (tutup loyang kek dengan aluminium foil agar air tidak menitik, cukup sekadar letak gitu je). Kemudian letakkan pula adunan color lain pula dan susun coklat bar atau coklat chip secara rawak. Buat sampai habis. 

    5. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Kemudian sejukkan dulu sebelum dipotong.



    Resepi Moist Chocolate Kek

    Minggu ni agak rajin sikit jadi try lah resepi yang mudah dan cepat. Rasa pun sedap.. 

    Bahan
    3 biji telur gred A
    1 cawan gula kastor
    1/2 cawan minyak masak
    1/2 cawan susu pekat
    1 sdk esen vanilla
    1/2 cawan serbuk coco
    1 sdb nescafe

    1 cawan tepung gandum
    1 sdt baking powder
    1 sdt soda bicarbonat
    1/2 cawan air panas


    > Gris loyang saiz 7inci
    > Pukul telur & gula menggunakan wisk saja sehingga gula hancur.
    > Masukkan minyak & susu pekat..kacau rata..
    > Masukkan serbuk coco, nescafe, & esen vanilla.. kacau hingga likat.
    > Masukkan tepung yg telah di gaul rata dgn serbuk penaik.
    > Akhir sekali, masukkan air panas..kacau rata....masukkan dlm loyang.
    > Bakar atau kukus sehingga masak - lebih kurang 1 jam

    Resepi Kek Batik

    Dah banyak versi kek batik akak dah try. Hari ni akak try versi yang ni pulak
    source : husmyna kitchen

    Bahan :
    Seketul butter/mentega 250g
    Tepung 1 ½  cawan
    Gula 1 cawan
    Milo 1 ½  cawan
    Horlick 1 cawan
    Susu pekat manis 1 tin
    Koko 2 sudu
    Telur 5 biji
    Biskut marie (1 ½ bungkus -dipatahkan 2)

    Cara :
    Cairkan mentega dalam kuali. Blend/mixed telur, gula, milo, koko, horlick dan susu. Masukkan semua bahan blend/mixed dalam kuali. Tapiskan tepung. Masukkan dalam kuali. Buka api. Kacau bahan hingga sebati dan pekat. Masukkan biskut marie. Kacau hingga kena rata. Kacau lama sikit sampai biskut agak2 lemau(kalau tak nanti bila siap, biskut tu akan keras dan masih rangup). Tutup api dan masukkan dalam loyang. Tekan2 hingga padat dan masukkan dalam peti ais.

    Thursday, September 8, 2011

    Resepi Rendang Tok

    Menu Hariraya Pertama

    Rendang Tok (Resepi asal Hanieliza)
    Nasi Arab
    Nasi Impit



    RENDANG TOK

    Bahan

    1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
    2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
    1/2 cawan kerisik
    1/2 biji kelapa [dipotong nipis]

    3 s/b gula merah
    3 keping asam keping
    Daun kunyit [koyakkan]
    garam

    Bahan mesin
    2 s/b ketumbar
    1 s/b jintan manis
    1 s/b jintan putih
    1 s/b lada hitam
    3 kuntum bunga lawang
    5 kuntum bunga cengkih
    25 biji cili kering
    20 biji bawang merah
    5 cm halia
    5 batang serai
    3 cm lengkuas

    Cara:
    1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
    2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
    3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
    4. Masakkan lagi sehingga naik minyak dan cukup pekat. Masak sehingga kering.

    Thursday, August 11, 2011

    Resepi Apam Marble


    Bahan-bahan

    250 g tepung berserbuk penaik
    200 ml santan
    200 g gula halus
    2 biji telur Gred A
    1 camca teh vanila esen
    1 camca makan ovallate
    Secubit garam
    Pewarna merah dan hijau (ikut suka)

    Cara-cara:
    1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
    2. Putar bermula dgn speed perlahan kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
    3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
    4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
    5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit.

    Resepi Kek Pisang Gebu

    Resepi kek pisang gebu diambil di blog Jintanmanis. Kek ni sangat lembut dan sedap. Terimakasih pada tuan resepi.


    Bahan-Bahan

    2 cwn tepung gandum
    1 s/k baking powder
    1 s/k soda bikarbonat
    1 cawan gula
    3 biji pisang yang telak dilenyek
    1/2 cawan minyak masak
    esen vanila
    2 biji telur

    caranya

    1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

    2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

    3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

    4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

    Tuesday, August 9, 2011

    Puding Roti Tembikai

    Ini adalah puding Tembikai yang dibuat untuk juadah berbuka puasa hari ini







    Bahan-bahan
    1 paket serbuk agar-agar 15mg
    2 keping roti
    6 cawan air
    1 cawan gula
    1/2 tin susu pekat
    2 sudu besar mentega
    1 sudu kecil esen vanilla
    Cincau yang dipotong kecil
    Pewarna merah dan hijau
    Cara-cara
    1. Dalam periuk, rebus agar-agar dengan air sehingga larut. Kemudian masukkan gula.
    2. Apabila mendidih, masukkan mentega dan susu. Kacau hingga sekata.
    3. Ambil sedikit adunan agar-agar ini dan blend dengan roti hingga sekata. Kemudian tuang semula ke dalam periuk.
    4. Dalam bekas lain, ambil sedikit adunan dan masukkan pewarna hijau sebagai kulit tembikai. Masukkan ke dalam loyang. Biarkan beku sedikit.
    5. Masukkan adunan plain (tanpa pewarna) ke dalam loyang. Biarkan beku sedikit.
    6. Kemudian, masukkan adunan merah ke dalam loyang. Taburkan cincau untuk dibuat biji tembikai. Bekukan di dalam peti sejuk.

    Monday, August 8, 2011

    Resepi Apam Polkadot



    Setelah selalu sangat ternampak apam polkadot ni kat blog kekawan akhirnya inilah hasil apam polkadot aku pula.



    Bahan-bahan
    • 3 biji telur - dari peti sejuk
    • 275 gm tepung gandum
    • 220 gm gula halus(boleh kurangkan sikit sebab ni manis sikit)
    • 150gm susu segar
    • 3 sudu teh baking powder
    • 1 sudu kecil ovallete
    • Filling secukupnya (saya guna filling blueberi)
    • Pewarna ikut suka
    Cara-cara
    1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
    2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
    3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
    4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
    5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
    6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
    7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar. Balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. Saya menggunakan warna pudar untuk apam ni, kalau nak lagi cantik boleh guna banyak warna dan warna yang lebih terang