Pages

Friday, January 28, 2011

Matlamat RM1,000,000 Keuntungan Perniagaan Internet

Untuk mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam perniagaan Internet memerlukan usaha. Seringkali, sekiranya matlamat dilihat terlalu besar, mungkin ia melemahkan semangat kita. Caranya adalah, pecahkan matlamat perniagaan Internet anda kepada unit yang boleh di lihat dengan mudah.


Katakan anda ingin mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam masa 5 tahun.

Ini bermakna, anda memerlukan keuntungan RM555 sehari! Masih nampak agak besar

Tetapi, apa kata anda gunakan ilmu aliran pendapatan berganda (multiple streams of income) dan anda menjalankan 5 perniagaan Internet serentak…

Ini bermakna, untuk setiap satu perniagaan Internet, anda hanya perlukan keuntungan RM111 sehari. Hmm… kecil sikit!

Pengiraan:

RM111 sehari x 5 laman web = RM555 sehari

RM555 x 365 hari (setahun) = RM202,575

RM202,575 x 5 tahun = RM1,012,875

Sekiranya matlamat anda untuk menjadi jutawan Internet dalam masa 5 tahun, pecahkan matlamat anda menjadi lebih kecil supaya mudah untuk dilihat.

Anda perlu 5 perniagaan Internet dalam masa 5 tahun- setiap satu laman web memerlukan keuntungan hanya RM111 sehari!

Contoh:

Sekiranya anda menjual produk katakan dengan keuntungan RM55. Ini bermakna, anda hanya perlu menjual 2 produk sahaja sehari untuk setiap perniagaan!

Mudah kan? Mungkin ia tidak mudah, tetapi, ia adalah matlamat yang agak reasonable untuk kita tuju Permudahkan matlamat besar anda dengan memecah kecilkannya. - sumber irfankhairi

0 ulasan: