Pages

Tuesday, January 11, 2011

Melihat Potensi Anak

Ibu bapa sering impikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tetapi mereka semakin hilang rentak apabila anak mereka mula meningkat usia. Sehingga sampai satu tahap, kita pun sudah tiada idea apa sebenarnya cita-cita anak kita… Sedangkan tanpa cita-cita, anak kita akan pudar motivasinya untuk belajar dan berjaya!


Jadi apakata kita lihat bagaimana kita boleh mengenal anak kita supaya kita mampu untuk membantu mereka semaksima yang mungkin!

Pertamanya adalah komunikasi! Yang berkomunikasi dengan anak anda. Tanya soalan-soalan yang terdiri daripada pelbagai tajuk. Dan cuba lihat tajuk mana yang menarik minatnya. Bersembanglah tentang kartun, filem, kisah di sekolah dan sebagainya, anda pasti akan dapat kesan apa yang dia minat sebenarnya…

Kedua, anda juga boleh bawakan mereka ke pasaraya bahagian permainan kanak-kanak. Tengok mainan jenis apa yang dia suka. Karakter kartun apa yang menjadi kegilaannya. Ini membantu kita untuk mengetahui latar belakang hiburan anak kita dengan lebih mendalam! Ingat, untuk bantu anak, anda perlu kenal betul-betul dengan dia!

Ketiga, anda juga boleh bawa mereka ke kedai buku. Biarkan mereka memilih buku mereka sendiri. Dan ini sekali ini membuka ruang kepada anda untuk melihat apa sebenarnya kegemaran anak anda!

Dan yang terakhir, anda juga boleh berikan kebebasan bersuara kepada mereka apabila melibatkan keputusan untuk melawat mana-mana tempat. Barulah anda sedar sikap dan kecenderungan mereka.

Mengapa perlu tahu semua ini? Kerana kita mahu memaksimakan potensi anak kita. Kalau kita sudah tahu yang anak ini sukakan perihal kesihatan dan kedoktoran, kita terus pacu anak ini ke arah menjadi doktor yang hebat dan soleh!

Bayangkan kalau kita tidak tahu? Bukankah kita akan memimpin mereka ke jalan yang tidak selari dengan fitrah kehebatan mereka… Akhirnya mereka terpaksa melakukan perkara yang tidak disuka dan seterusnya mereka sekadar menjadi manusia biasa…

Jom kita kenal anak kita! InsyaAllah sama-sama kita berjaya - sumber badrulsani

0 ulasan: