Pages

Friday, January 14, 2011

Puding Pandan Kelapa



Bahan-bahan A:


1 sudu besar serbuk agar-agar
1 sudu besar serbuk gelatin
600 ml air
150 gm gula
3 helai daun pandan

Bahan-bahan B:

250 ml santan - daripada sebiji kelapa
100 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
1/4 kecil perisa pandan

Bahan-bahan C:

2 biji putih telur
2 sudu besar gula kastor

Cara Menyediakan:

1. Masukkan bahan-bahan A ke dalam periuk dan jerang di atas api yang sederhana sehingga mendidih. Kecilkan api dan renihkan sehingga agar-agar dan gula larut.

2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau dari semasa ke semasa sehingga mendidih.

3. Pukul bahan-bahan C hingga berbuih dengan menggunakan pemutar elektrik. Tapiskan adunan agar-agar perlahan-lahan ke dalam adunan putih telur sambil terus diputar sehingga sebati.

4. Tuangkan adunan agar-agar ke dalam acuan dan biarkan sejuk sedikit sebelum didinginkan dalam peti sejuk sehingga beku-sumber saji online

0 ulasan: