Pages

Monday, February 21, 2011

Bagaimana mengawal emosi membeli

Inilah masalah saya setiap kali pergi shopping complex atau mana-mana kedai, tujuan utama nak beli benda lain tapi bila dah sampai beli benda lain yang tak ada dalam senarai. selagi duit ada di tangan apa yang saya nak pasti saya terus beli. Bila balik baru fikir budget dah lari. Jadi kat sini saya kongsikan panduan dari irfankhairi sebagai panduan bersama.




Caranya adalah…

Seperti menetapkan matlamat, merancang kewangan juga perlu ditulis! Ambil kertas, dan tulis perancangan kewangan anda. Dengan menulis berapa budget anda untuk bulan ini, subconcious mind anda akan membantu anda dalam usaha membendung belian emosi.

Ketika pergi ke pusat membeli belah, bawa wang tunai sahaja, dan tinggalkan kad kredit anda di rumah. Bawa cukup2 untuk budget belian anda dan sedikit extra untuk kecemasan.

Ketika ingin membeli sesuatu yang diluar perancangan anda, berhenti seketika dan beri masa untuk anda fikir. Bukan masa 10 minit-20 minit… tetapi, yakinkan diri anda untuk tunggu 2 minggu sebelum membeli. Ini kerana, dalam masa itu, anda akan dapat tahu sama ada barang tersebut PERLU DIBELI, atau TIDAK PERLU DIBELI.

Sekali lagi, Kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan kita, tetapi berapa banyak kita dapat menyimpan pendapatan kita!

Sekiranya pendapatan kita RM5,000 sebulan tetapi kita belanja RM4,800 sebulan, maka, mereka yang berpendapatan RM1,500 tetapi belanja RM1,000 sebulan adalah lebih kaya dari kita!

Kalau PERLU juga selepas 2 minggu, teruskan belian anda. Sekiranya selepas 2 minggu anda rasa TIDAK PERLU, maka, anda telah menjimatkan wang anda!






0 ulasan: