Pages

Thursday, March 24, 2011

Panduan tentang telur dan tepung

1. Jika Telur Yang Anda Gunakan Telah Disimpan Dalam Peti Sejuk, Sebaiknya Anda Kena Pisahkan Putih Dan Kuning Telur Dan Kemudian Biarkan Ia Pada Suhu Bilik Selama 20 Minit. Putih Telur Yang Dipukul Nanti Akan Kembang Tiga Kali Ganda.

2. Jangan Gunakan Bekas Plastic Sewaktu Memukul Putih Telur Kerana Plastic Akan Menyerap Lemak Dan Putih Telur Tidak Kembang. Jika Anda Ingin Memukul Putih Telur Dengan Gula, Kalau Boleh Bubuhkan Gula Sedikit Demi Sedikit.

3. Jika Putih Telur Sudah Kembang Dan Adunannya Tidak Jatuh Daripada Pemukul Jika Diangkat Sebaiknya Berhenti Memukul, Kalau Diteruskan Memukul Putih Telur Akan Menjadi Cecair.

4. Selain Daripada Itu, Jikalau Putih Telur Terlebih Pukul, Ia Tidak Akan Sebati Dengan Bahan-Bahan Lain Jika Dicampurkan Dalam Satu Bekas. Contohnya, Mentega Tepung Dan Gula.

5. Untuk Membuat Tepung Naik Sendiri Senang Saja. Campurkan Empat Cawan Tepung, Dua Sudu Kecil Garam Dan Dua Sudu Kecil Serbuk Penaik. Ayak Dan Simpan Dalam Bekas.

6. Jikalau Anda Menggunakan Mangkuk Kaca Untuk Membakar Kek, Suhu Hendaklah Diturunkan Sebanyak 25 Darjah Selsius

7. Campuran Dua Cawan Tepung Jagung Dengan Satu Cawan Tepung Serbaguna Juga Boleh Dijadikan Tepung Kek.

8. >>Biasanya Kita Gunakan Kuning Telur Untuk Disapu Di Atas Pai, Tetapi Perlu Anda Tahu Bahawa Menggunakan Putih Telur Warna Yang Terhasil Lebih Cantik.

9. Untuk Mengetahui Kesegaran Telur, Rendamkan Telur Di Dalam Air Sejuk Yang Bercampur Garam. Kalau Telur Itu Timbul Bermakna Ia Tidak Segar.

10. Kalau Nak Dapatkan Telur Putih Yang Elok Dan Mudah Kembang Bila Dipukul, Gunakan Bekas Yang Diperbuat Daripada Tembaga. Ini Kerana Tembaga Akan Bertindak Balas Dengan Albumim Dalam Telur. - panduan dari mamaleen

0 ulasan: