Doa Mohon Rahmat Allah

"RABBANAA AATINAA MIN LADUNKA RAHMATAN WAHAYYI' LANAA MIN AMRINAA RASYADAA"

Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami." (Surah Al-Kahfi: Ayat 10

Followers

Friday, March 25, 2011

Resepi Biskut Jakarta



Bahan2:


25o gm butter - sy selalu guna jenama Devondale tapi hari tu takde stok jadi sy guna jenama SCS pun OK jugak. Kalau takde jenama Churn tu pun sedap.


3/4 cwn gula castor
1 -2 sudu lemak sayur - sy letak 1 1/2 je, itu pun dah cukup rangup dah
1 cawan tepung ubi
tepung gandum secukupnya - sy guna low protein flour (khas untuk biskut)

Bahan2 inti :


Kelapa kering - sy guna jenama King ( guna 100 gm je, kalau nak lebih kelapa lebihkan sedikit pun takpe)


2 sudu tepung gandum


1/2 cwn gula castor


1 biji putih telur


Bahan hiasan:


Ceri merah atau hijau - ikut suka

Cara2:


Pukul seketika butter dan gula. Pukul sekadar ia sebati je.


Masukkan lemak sayur dan gaul rata.


Masukkan tepung ubi berselang seli ngan tepung gandum.


Uli doh hingga tiada tepung yg melekat di mangkuk.


Rehatkan doh seketika.


Canaikan doh dan terap menggunakan acuan seperti diatas dan masukkan kedalam paper cup (seperti gambar dibawah).

7. Untuk inti tadi - pukul putih telur dan gula hingga kembang. Masukkan tepung gandum diikuti dengan kelapa. Gaul rata. Masukkan ke dalam adunan yg telah dibentuk tadi seperti gambar di atas.


8. Bakar pada suhu 150 - 160 c menggunakan api atas & bwh pada 5 minit pertama dan seterusnya api bawah sahaja. Ini untuk mengelakkan kelapa tadi cepat hangus-dari aidahomeer

0 ulasan: