Pages

Tuesday, April 26, 2011

Resepi Cheese Tart (Blueberry/Kiwi/Strawberry)

Source: Azita
Tart Crust / Shell


Bahan-bahan :

170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.


Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.


Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.


Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.


Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling


Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Masukkan filling ke dalam kulit tat.

Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.


Filling :


Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara

Tart crust yang sedia untuk dibakar.

Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.

Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!

Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.


Untuk melorek,
Ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.

Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.

Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.

Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)

Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.


Bakar selama 5 minit. Siap!!! - Mini Tart refer kat sini





Panduan Mengekalkan Warna Sayur-Sayuran

Gambar -styledweller

1. Megekalkan warna asli Terung:

Kerap kali kita punyai masalah terung jadi lebam dalam masakan. Untuk mengelak lebam ini, terung yang telah dipotong perlu segera direndam dalam bekas air sehingga ia digunakan dalam masakan. Ini termasuk untuk keladi atau Pisang lauk.

2. Mengelak Sayur bendi berlendir dalam masakan.

Bendi perlu basuh sebelum dipotong. Jangan basuh selepas dipotong. Timun yang digugunakan dalam kerabu timun pun sama juga kaedahnya. Basuh dulu baru dipotong untuk mengelak kerabu timun anda terlampau berair.

3. kuah kari anda terlalu masin:

Basuh sebiji kentang. Potong dua bahagian, cara melintang. Masukkan dalam kari anda. Kentang yang belum masak itu akan serap kemasinan kari anda.

4. Cara Mengupas halia:

Gunakan sudu meja (table spoon) untuk mengupas kulit Halia. Cara ini amat cepat dari menggunakan pisau.

5. Memutihkan lagi Nasi Putih anda:

Titiskan dua atau tiga titis air limau yang segar. Ia akan memutihkan lagi nasi anda, dan nasi akan peroi dan tak melikat.

6. Kekalkan keranggupan karot dalam gorengan:

Basuh dan kupas kulit karot. Potong kehendak anda. Rendamkan potongan karot bekas air sejuk (air batu) untuk mengeluarkan warna karot supaya masakan anda tidak berubah warna asal. Tekstur karot anda jadi keras diluar dan kekal rangup walau pun cukup masak.

7. Megekalkan kerangupan dan mengekalkan kehijaun semula jadi sayur sawi atau sayur dedaun, kacang buncis , kacang panjang dan lain-lain.

Masak air didalam kuali atau periok dan masukkan sedkit garam. Apabila air mendidih masukkan sayur anda kedalam air panas 5-10 saat. Keluarkan serta-merta sayur anda dengan penapis dan masukkan terus ke dalam air ais yang tersedia. Biarkan sayur dalam air campur ketul ais 5-10 minit. Tapis kembali air. Anda boleh goreng sayur dengan api keras cuma 2-3 minit saja. Hasilnya Sayur anda kelihatan hijau dan garing dan amat lazat. Proses ini digelar “vegetable bleaching“.





Thursday, April 21, 2011

Panduan Berjimat Cermat



Salah satu cara pengurusan bijak dan kreatif dalam kewangan keluarga ialah dengan berjimat cermat. Sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan. Berikut adalah beberapa tip untuk berjimat cermat dalam urusan kewangan keluarga untuk dijadikan panduan kita bersama:

Tip 1: Sediakan bajet kewangan keluarga

Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga.

Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan

Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Boleh juga membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan.

Tip 3: Masak sendiri

Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya.

Tip 4: Bawa bekal ke pejabat atau sekolah

Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat paling kurang RM3 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan.

Tip 5: Elakkan memandu kenderaan sendiri

Walaupun harga minyak telah turun namun amalan berjimat akan sentiasa menguntungkan kita. Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif. Atau boleh juga berkongsi kereta dengan rakan sepejabat.

Tip 6: Jimatkan penggunaan air, elektrik dan gas

Keluarga perlu dididik untuk menghargai nikmat ini dan elakkan dari pembaziran. Tutup peralatan elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan pendingin udara, begitu juga air di bilik mandi ketika mandi atau mencuci.

Tip 7: Tanam sendiri sayur-sayuran

Serai, kunyit, daun pandan dan daun kari mudah untuk ditanam. Bagi yang tidak mempunyai tanah dan ruang masih boleh menanamnya di dalam pasu. Begitu juga sayuran seperti sawi, kangkung, cili malahan pisang juga tidak susah untuk ditanam. Mengamalkan cara ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dari perlu membeli sayur-sayuran yang telah ditanam seterusnya dapat mengisi masa lapang bersama keluarga.

Tip 8: Elakkan membawa anak-anak ketika membeli belah

Ini satu langkah yang baik, kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dibeli. Seelok-eloknya senaraikan barang-barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Cara ini dapat menjimatkan masa dan juga menggelakkan tabiat boros berbelanja.

Tip 9: Beli secara pukal

Ini jauh lebih murah berbanding jika kita membeli secara sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang-barang sama ada untuk stok seminggu atau sebulan. Ini akan menjimatkan wang dan masa.

Tip 10: Lakukan perbandingan harga dahulu

Amalan ini adalah penting kerana kadang kala terdapat perbezaan harga di antara kedai, lain tempat lain harga walaupun barang yang dijual adalah sama dari segi jenis dan kualitinya. Amalan ini membantu juga untuk berjimat.

Tip 11: Kurangkan pembelian barangan berjenama

Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya.

Tip 12: Rekodkan perbelanjaan bulanan kita

Buat summary untuk semua perbelanjaan kita untuk sebulan mengikut kategori. Sebagai contoh - barang dapur, belanja sekolah anak, sewa rumah, minyak kereta dan lain2.

Wednesday, April 13, 2011

KAEDAH PENYEDIAAN CHENDOL YANG LAZAT

Cendol ini sebenarnya berasal dari Tanah Jawa.Dalam kurun ke-18 peniaga-peniaga Mamak yang di tanah Jawa membawa resipi ini Ke Pulau Pinang dan Singapura semasa mereka berhijrah ke Tanah Besar Melayu.Wala pun resipi Cendol telah berubah mengikut perederan Zaman dan ia juga menjadi kegemaran Makanan desert bagi semua kaum di-Malaysia.Para pengemar tak perlu mencari tepong cendol ini di merata dalam puasa atau pun untuk Majlis keramaian.
 
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cendol/Cendol Droplets.
 
10 Helai Daun Pandan yang segar.
650 gm Tepung Kacang Hijau (Sedia ada di Semua Pasaraya)
250ml Air
250ml air yang asing digunakan untuk penyejukan titisan (droplet)cendol.
Seberapa titik Pewarna Hijau Makanan.
1/2 Sudu Air Abu (Ash Water).
 
Cara-Cara Penyediaan:
 
1.Untuk mendapatkan Air Pandan,Potong daun pandan kira 2 in. dan masukan Air 250ml dalam mesin pengisar(Blender).
 
2.Setelah daun lumat kelurkan dan tapis menggunakan penapis kain (Teh) atau kain bersih yang Jarang.Titiskan warna hijau dan masukan air abu kedalam.Kacau serata.
 
3.Masukan air pandan yang tersebut di atas dalam periok yang sederhana dan panaskan air pandan sehingga mendidih.

4.Pada waktu yang sama masukkan Tepung Kacang Hijau kedalam bekas pengisar dan campurkan dengan air 250ml dan mengunakan pengkisar ;adunkan serata.Selepas tepung itu sebati masukan kedalam air pandan yang sedia mendidih itu.Sentiasa kacau adunan itu sehingga adunan itu akan menjadi kilat dan likat .Anda kena mengalihkan adunan itu segera dari api nota:jangan biarkan adunan berkerak.
 
5.Sediakan penapis cendol (Penapis ini boleh di beli atau pun buat sendiri) di atas sebuah basin yang 1/2 diisi air ais (ice cold Water).Masukan sedikit adunan itu ke atas penapis cendol dan beri sedikit tekanan menggunakan senduk untuk membentukan titisan cendol meleleh masuk kedalam bekas air ais.

6.Biarkan titisan cendol tadi dalam bekas air ais sehingga ia akakan berbentuk sedikit keras.Sentiasa tambahkan ketulan ais kedalam bekas supaya titisan cendol segera keras berlembut.
 
7.Simpan di dalam peti sejuk.sedia untuk digunakan.
 
CARA PENYEDIAAN GULA MELAKA
 
350gm gula Melaka
100 gula kastor (atau gula batu)
 250 ml air
3.4 helai daun pandan.
 
Masukkan semua bahan-bahan tersebut dalam periok dan masak sehingga mendidih.Tapis air gula dan sedia untuk digunakan.
 
PENYEDIAAN SANTAN

1.Dua biji kelapa.Di kukur dan 1 liter air yang telah mendidih yang telah disejukan.
 
2.1/4-1/2 sudu teh garam.
 
3.Untuk peniaga-peniaga disyorkan untuk santan tahan lama tambahkan secubit kapur Masakan kedalam santan.(kegunaan kapur ini perlu diawasi..hanya sedikit sahaja)- Resepi mamak

Resepi Nasi Tomato Mamak (Katering)



BAHAN-BAHAN: (BELOW 20 ORANG)

2 kg.Beras Basmathi / Beras biasa 5% hancur. Cuci dan rendam 10 minit dan toskan supaya kering.
1/2 tin Kimball Tomato Sup.
3 sudu besar Kimball Tomato Puree.
1/2 tin susu cair.
* Air mengikut sukatan beras 1 nisbah1. (1:1 jangan lupa sukat)

Bahan Untuk Tumis.
Minyak sapi 3 sudu besar/ baunya tak tahan gula 50:50 minyak masak biasa.
3 sudu besar mentega kalau tak suka minyak sapi. Boleh di campur.
2 btg. kayu manis 3″.
2 helai daun pandan dikerat 4 inci.
4 kuntum bunga lawang.
4 biji buah pelaga.
2 biji bawang besar dihiris.
1 sudu besar pes (kisar) bawang putih dan halia.
1 sudu besar bawang kisar.
1 sudu besar gula pasir / gula batu.
25 gm buah kismis dan sedikit janggus.


Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan periok, masukkan mentega/ minyak sapi.

2. Bila minyak panas, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, kismis, jangus. Dan seterusnya masukkan pes bawang putih dan halia telah dikisar, daun pandan, bawang dikisar.

3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan Kimball Tomato sup, Kimball Tomato puree, sus cair dan masukkan air yang telah disukat. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.

3. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mendidih, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.

4. Tunggu sampai wap mula cuba keluar dari tudung periok, isyarat nasi mulai sejat. Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna kuning pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan hangit. Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit – 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.

5. Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.

6. Jangan kerap buka tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banayak dan Nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Untuk hiasan gunakan bawang goreng dan kacang peas atau daun pudina. Kacang peas kalau menggunakan dlm tin pastikan air dikeringkan dahulu sebelum taburkan di atas nasi. Selamat mencuba.

Katering
OK masak untuk 1,000 (seribu) orang, periok yang perlu digunakan ialah periok 6 (enam) gantang. untuk makluman orang muda yang pening tentang gantang, cupak dan kati ini, sedikit penerangan sukatan terun-temurun masyarakat kita yang telah digunakan:


1 Gantang sama dgn 6 kati.


1 kati bersamaan dgn 600gm.


maka 1 gantang sama dengan (6X600) 3.6Kg.


sekiranya 6 gantang bermakna 21.6Kg.


* maka ambil mudah>> periok bersaiz 6 gantang, boleh digunakan untuk masak 20Kg beras. boleh menggunakan 2 pkt beras yg beratnya 10kg.


Dari pengalaman masak mamak, 1 kg. beras biasa boleh dihidang untuk 12 orang, tetapi sekiranya gunakan berasmathi cuma untuk 10 orang saja. Maka 20kg X 10 (orang) = 200 orang (untuk baru masak anggarkan kerak nasi 5% + 5% tambahan). Sekiranya untuk 1,000 orang, anda perlu masak 100kg. beras. Ini bermakna anda perlukan 10 paket beras beratnya 10kg sepaket. Maka untuk 1,000 (seribu) orang, anda kena masak 5 kali sekiranya gunakan periok 6 gantang. Jumlah periok akan jimatkan masa. Anggaran masa untuk masak ialah 45minit seperiok. Dapur gas dapur yang punyai enam mata..maknanya api perlu serata pada periok yang masak. Awas kawalan guna api dapur..jangan sampai hangit.


Resepi nasi Tomato biasanya gunakan beras hancur 5%. Beras ini elok sedikit dari 10% atau beras subsidi 15%. Jangan gunakan beras subsidi ini bukan kerana salah tetapi beras ini tidak sesuai langsung untuk masak nasi apa jenis pun. Beras Berasmathi pula terlalu mahal kosnya dan nasi tomato perlu nasi kembang sedikit untuk menyerap rasa tomatonya yang sedap. Berasmathi bila masak ia tak kembang dan lebih sesuai untuk masakan nasi minyak atau nasi beriani.


RESEPI UNTUK MASAK DALAM PERIOK BESAR 6 GANTANG ATAU UNTUK 200 ORANG:


BAHAN-BAHAN:


20 kg. Beras biasa 5% hancur.


3 biji bawang besar labu dihiris.


1/2 kg bawang besar dikisar dgn air – hasilnya lebih kurang 5 mangkok.


Bawang putih 3 butir + Halia 4 inci (kisar lebih kurang 1 mangkok).


1 tin Tomato Puri.


3 tinTomato Kimball Soup.


Susu cair 6 tin.


Gula pasir 1 mangkok.


Rempah ratus, kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga agak dlm RM1/= Jgn lebih nanti terlalu tengit baunya.


500gn minyak sapi/ Ghee. (Kalau anda rasa bau minyak sapi tak menyenangkan gunakan minyak masak 60-40).


Garam enam cekak.


Boleh tambah buah badam dan gajus dibuang kulit, direndam dan kisar halus kalau nak sedap lagi. (tidak kemestian)


Bawang goreng dan daun pudina untuk tabur di atas nasi setelah masak. kalu tak kenan bau pudina gunakan saja kacang peas hijau atau kacang campur. - sumber- balannambiar.wordpress.com

Cara Mengira Kos Makanan untuk Katering

KOS MAKANAN (FOOD COST).

1. Anda perlu buat anggaran kos perbelanjaan anda untuk harga makanan/hidangan yang anda tawarkan kepada pelangan. Anggaran dalam kos makanan adalah tambahan kepada setiap barangan yang dibeli dengan kadar 22% ke 34 % dan ditambahkan lagi dengan kos 60%- 70% lagi sebagai kos upah kerja dan lain-lain kos yang tersembunyi dalam penyediaan menu tersebut.

Contoh : Sekiranya anda dipelawa untuk sebut-harga tempahan katering untuk 100 orang tetamu. Katakan menu yang anda cadangkan:

Nasi Tomato

Ayam masak Mamak Penang.

Daging Masak Itam Mamak Penang.

Dalca Mamak Penang.

Kerabu Nenas Timun Mamak Penang.

Air sirap Kurang Manis.

1. Cara kira kos Makanan satu hidang seperti di atas:

Nasi Tomato. Beras yang diperlukan (anggaran 1 kg beras boleh dihidangkan untuk 10 tetamu. Dengan ini anda perlukan 10kg untuk 100 orang. 10 kg beras hancur 5% berharga RM24.00. sekilo RM2.40, maka satu hidangan kos RM0.24 sen. Maka tambah 24 % + 66 %, RM0.48 sen atau RM0.50 sen kos untuk satu hidang Nasi Tomato.

2. Seekor ayam yang beratnya 1.8 kg dengan harga pembelian RM12.00. Ayam itu dipotong 12 bahagian. kos ayam seketul adalah RM1.00 maka ditambah 34% + 66% = RM2.00. Maka harga jualan seketul ayam masak merah anda ialah RM2.00.

3. Daging Masak Hitam 1.0 kg di potong 16 ketul. Sekilo daging ais batang pinang RM16.00. Satu ketul daging RM1.00 di tambah 24% + 64% = RM2.00. Maka Harga seketul daging masak Hitam ialah RM2.00.

4. Sebagai kiraan rambang, Dalca satu hidangan biasa RM0.50.

5. Sebagai kiraan rambang, Kerabu Timun dan Nenas satu hidangan RM0.50.

Maka Harga keseluruhan : RM0.50 + RM.2.00 + RM2.00 +RM0.50 + RM0.50 = RM5.50. Ditambah dengan air sirap RM0.50 Jumlah Besar: RM6.00 X 100 = RM600.00.

Nota: Kalau anda ingin bersaing harga dengan katerer lain jangan sekali susutkan nilai keuntungan anda. Tetapi anda boleh turunkan harga sebut harga dengan menjimatkan bahan masakan dan juga harga pembelian 24% dan 66%. Pembelian bahan masakan perlu tepat dan tidak boleh membazir. sumber -balannambiar.wordpress.com





















Tip Membuka Perniaagaan Katering

Bisnes katering adalah salah satu bisnes yang permintaannya agak tinggi sejak kebelakangan ini ,malah risiko untuk kerugian juga amat kurang, bisnes ini menawarkan keuntungan yang agak lumayan.Melakukan perancangan yang betul adalah satu keharusan pada mana-mana bisnes sekali pun.

Berikut poin-poin penting dalam membangun bisnes katering, sekadar rujukan Anda yang berminat.

Modal

Untuk bisnes katering, modal minima adalah sekitar RM30,000 RM50,000. Sebab,bisnes inimemerlukan sedikit waktu, dan RM30.000 cukup untuk 3 bulan ke depan.Modal menentukankekuatan, tapi bukan satu jaminan untuk berhasil keuntungan.Tetapi cara pengurusan danpengeloaan itu penting,sama ada berhasil atau tidak. Untuk mencapainya dimulai dengan perancangan.
 
Perancangan Pemasaran
 
Permulaan rancangan adalah dimulai dengan pembelian reset-reset kedai, atau pasar barang yg

kita beli. Di sini perlu melakukan pengamatan teliti, merancang, meramalkan, dan mengroyalti

untung ruginya . Berapa luas peluang yang kita perolehi pada masa sekarang ini dan bagaimana

potensi untuk terus memberi keuntungan.Bisnes ini bukan hanya untuk balik modal, tapi untuk mendapatkan keuntungan.

Apa yang harus adalah menetapkan siapa sasaran kita yang dituju, individu, badan Kerajaan,swasta, pelajar atau yang lain Kalau individu modal tidak banyak di keluarkan, sebab boleh dapatkan deposit dahulu,tetapi kalau badan kerajaan agak sedikit lumayan cuma kadang-kadang kena keluarkan modal dahulu, dan ambil sedikit masa.

Kedua, teknik pemasaran. Ini adalah cara kita menjual, jadi lihat siapa target yang dituju.Dimana kita berada ? Di sekitar kawasan mana?dengan kata lain networking yang baik,ramai kenalan.

Ketiga, adakan pelbagai promosi dan tawaran yang menarik untuk peringkat permulaan, supaya boleh promote nama syarikat kepada pelanggan, adakan door to door, pasang iklan, atau publisiti di blog buat sedikit artikal tentang bisnes katering anda .

Perancangan Produk

Bisnes makanan sangat sensitif terhadap rasa, kebersihan, dan harga. Oleh itu cara memasak perlu

konsisten, jangan ada rasa berbeza ,mencorak berbagai produk katering yang ditawarkan juga

perlu. Adakan bermacam-macam masakan, pakej menu kenduri yang perbagai-bagai, sama ada

secara buffet, bungkus, dessert,goodies atau apa saja mengikut kekretifan.Tujuan supaya kastemer nampak menarik dan sesuai dengan kehendak mereka.

 Perancangan Kewangan

Ini bersangkutan dengan pembelian bahan asas, penyediaan pembiayaan operasi, seperti gaji pekerja,dibayar harian, bulanan, atau mingguan perlu sangat diteliti awal. Pembiayaan untuk “over head”, seperti elektrik, transport, telepon, dan promosi. Begitu juga pembiayaan diluar operasi seperti ,dapur, periuk, gas, pelengkapan memasak,pinggan mangkuk,dan lain-lain.

Cadangan.

- Buatlah makanan yang memiliki ciri khas, sehingga orang mudah mengenalnya.Sedikit sebanyak ilmu masakan tempatan/negeri juga perlu diketahui, selain daripada masakan oriental, tradisional, Barat, dessert, boleh juga datangkan separuh hidangan kampung dan separuh menu kenduri biasa.

- Kalau pasaran lebih luas dan berkemampuan untuk pergi lebih jauh, boleh ditambahkan lagi modal.Kalau tidak bertahan dahulu dengan apa yang ada dan sentiasa pasang strategik yang lebih

kreatif.

- Modal lebih boleh datang pakej, termasuk sekali makanan untuk pengantin, charges untuk sewa pinggan bagi pengantin (pinggan yang ada lilitan emas ) kemudian hiasan meja utk makan beradap pengantin.vip, sewa konopi,video dan lain-lain

- Perkhidmatan sekadar minima,kalau kekurangan modal, seperti gunakan dahulu aset-aset yang ada,misalnya guna ruang masak di rumah sendiri, kalau di tempat sewa itu mahal.

- Pekerja dari kalangan keluarga sendiri ,begitu juga marketing


- Terakhir yang paling penting adalah, makanan tentulah kena sedap dan bersih, jangan lupa tepati masa.

CONTOH PAKEJ

Pakej 1

Nasi Minyak & Nasi Putih

Ayam Masak Merah

Gulai Dalca Daging

Daging MasaK Hitam / kurma daging

Jelatah

Acar Buah

Potongan Buah Oren / Puding

Air Bandung

—————-> 1 talam untuk 4 org makan Harga RM 22.00 – 25.00 (Order Extra 250 talam means utk 1000 org makan ) harga boleh dirunding kepada RM 22.00

Pakej 2

Nasi Minyak & Nasi Putih

Ayam Masak Merah

Pajeri Nenas

Daging Masak Hitam

Jelatah

Acar buah (tp buah tak berapa byk)

Buah oren / puding

Air Sirap

—————-> 1 talam untuk 4 org makan RM 20.00.00 (Order Extra 250 talam 1000 org makan ) harga boleh dirunding kepada RM 18.00

Modal permulaan diperlukan untuk membeli peralatan utama katering iaitu bekas keluli (chafing dish) untuk mengisi nasi dan lauk-pauk beserta set berkaitan, pinggan mangkuk, cawan dan gelas, sudu dan garfu, bekas air sejuk dan panas (paling kecil bekas 8 liter) dan kain alas meja. Ini adalah senarai peralatan asas yang paling utama.

Harus diambil perhatian, saya tidak mengalakkan anda membeli pinggan-mangkuk dan gelas atau cawan yang diperbuat dari kaca, kerana ia sukar untuk dikendalikan dan mudah pecah. Dapatkan peralatan yang dihasilkan dari melamine, walaupun ianya agak mahal. Banyak pilihan warna yang boleh dibuat. Tetapi banyakkan pinggan-mangkuk berwarna putih kerana ianya sesuai untuk semua keadaan dan majlis.

Namun cawan yang diperbuat dari seramik atau kaca berat (kaca bukan lutsinar) perlu ada untuk majlis seperti mesyuarat dan majlis yang berlangsung di pejabat kerajaan. Ada juga majlis seperti sambutan hari jadi dan perjumpaan khusus di sesuatu premis meminta supaya kateter menggunakan set cawan seamik atau kaca berat ini.

Ada sesetengah majlis atau acara tidak memerlukan anda menggunakan cawan / gelas kaca atau melamine dan pinggan atau piring melamine. Cukup sekadar anda membeli cawan dan pinggan yang diperbuat dari kertas atau styrofoam. Untuk selamat, anda perlu sediakan stok yang agak memadai supaya tidak kelam kabut apabila ada majlis yang perlukan peralatan pakai buang ini.

Bagi mendapatkan harga yang agak berpatutan, sila kunjungi kedai-kedai pemborong peralatan dapur, restoran dan katering yang ada di beberapa lokasi sekitar Malaysia. Kalau anda berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, boleh dapatkan peralatan katering di Pasar Chow Kit atau di kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan. Anda boleh juga dapatkan di Langkawi atau di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur di Kelantan.

Segala tips-tips diatas bukan hanya untuk bisnes katering sahaja, apa-apa bisnes yang berkaitan dengan pemakanan,semua di atas perlu dititik beratkan….semoga anda sukses- sumber alkiram.net


- Boleh juga membuat kiraan mengikut talam, contoh 1 talam 4 orang, atau kiraan kepala

Tuesday, April 12, 2011

Panduan Makanan untuk Jamuan

METRIK SUKATAN NASI


Calculation sukatan beras utk jamuan adalah 0.8 -1 kg utk 10 org 2 kilo pun dah cukup utk 20 org, kalau ikut pot, sekilo tu dalam dekat2 7/8 pot [pot periuk nasik panasonic]


so masak la 14/16 pot, atau.

Boleh kira berapa kepala….guna cawan saiz for baking membaking…200ml /250 mlm gitu..bukan cwn rice cooker tu yer. Untuk rice cooker standard lam 1kilo jer..so, klu lebih tu kena masak 2x atau cari yg periuk besarlah…


4-5 org makan biasanya = 3 cawan


1 cwn = 200 gm beras…

so kalo 20 org = 20 org x 3 cwn = 60/5 = 12 cawan x 200gm beras = hitung kasar 2.5kg beras


so utk 20 org makan = 2.5 kg beras = 12 cawan

* Ada setengah katering… selalu dorang kira sekilo beras utk 10 orang makan… 20 orang makan kena buat 2 kilo lah… tapi umah saya 1 kilo untuk 5 kepala jer..he3…jadi pandai2lah ejes dng masakan lain yer..

* Untuk 50 orang tetamu untuk 20pot lebih skit sudah cukup tambah masakan lain kalau ada.

Nasi Bukhari



Menu terdiri dr :


Nasi Bukhari ( daging di dalam nasi ) / Dalca / Ayam Masak Merah / Acar Rojak @ Acar Nenas / Popadom @ Keropok Keping Goreng (optional) (1gantang @ 40org)

Nasi Minyak


Menu terdiri dari :

Nasi Minyak / Kuzi Daging (gulai hitam) / Ayam Masak Merah / Acar Rojak / Sambal Belacan(1 gantang @ 35org)

Nasi Beriani


Menu terdiri dr :

Nasi Beriyani / Dalca / Daging Masak Merah / Ayam Goreng Berempah / Acar Rojak @ Acar Nenas / Popadom @ Keropok Keping Goreng (optional)(1gantang @ 40org)

Nasi Putih



Menu standard terdiri dr :

Nasi Putih / Gulai Daging @ Ayam / Ayam @ Daging Masak Merah / Acar Jelatah / Sayur Labu / Ikan Kering / Sambal Belacan( 1gantang @ 30org ) - sumber alkiram.net

Thursday, April 7, 2011

Cara Membuat Keju (Homemade)

BAHAN-BAHAN
2 cawan susu (kerbau atau lembu)


1 sudu teh cuka / jus lemon
* Gula * lada * mentega * garam


  • 1.   Letakkan dua cawan susu dalam periuk dengan lada, margerine, gula dan kemudian secara perlahan kacau susu sehingga mendidih. Hal ini sangat penting untuk terus-menerus mengaduk susu supaya tidak hangus.
  • 2.  Tutup api dapur selepas susu mendidih. Tinggalkan periuk pada kepanasan dapur
  • 3. Tambah 10 sudu teh cuka ke dalam susu mendidih, di mana susu harus berubah menjadi dadih . Dadih adalah sebahagian padat, whey adalah sebahagian cair.
  • 4. Aduk rata dengan sendok dan biarkan duduk di elemen selama 5-10 minit .
  • 5. Tapis dadih dan whey melalui kain kasa tipis atau sapu tangan untuk memisahkan dadih dari whey . Dadih akan menjadi keju.
  • 6. Tekan keju menggunakan kain untuk mendapatkan sebahagian besar daripada kelembapan keluar . 7. Buka kain dan tambah sedikit garam jika dikehendaki .
  • 8. Campur keju dan garam, lalu tekan lagi untuk menghilangkan kelembapan tambahan .
  • 9. Masukkan keju dalam acuan atau hanya biarkan dalam bentuk jenis bola . Masukkan keju kedalam acuan secepat mungkin kerana keju mudah mengeras.
  • 10. Sejukkan sebelum dimakan


Video cara membuat keju di rumah


   

Tips

Akan menghasilkan kira-kira 1 / 4 hingga 1 / 2 cawan keju.


Cuba tambah rasa dengan keju anda dengan menambah rempah-rempah.


Cuba mewarnai keju anda menggunakan hanya setitik pewarna makanan.


Cuba menggunakan pelbagai jenis cuka atau susu.


Cuba gunakan jus lemon sebagai pengganti cuka.


Jangan pernah meninggalkan keju anda keluar di bawah terik matahari. Ini akan merosakkan dan akan terasa tidak sedap. Hal terbaik untuk menyimpan keju di dalam peti ais hingga sedia untuk digunakan.



Wednesday, April 6, 2011

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2011 (MIHAS 2011)


Tarikh             :  06 April 2011 – 08 April 2011
Masa               : 10 pagi - 7 petang
Tempat           : Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC),
                           Kuala Lumpur, Malaysia




Expand your business horizon through MIHAS 2011

Pameran perdagangan halal dan acara makanan dan minuman terbesar di dunia, MIHAS 2011 akan membawa syarikat halal utama di dunia. Acara tersebut akan mempamerkan pengertian halal dalam semua aspek seperti kosmetik dan penjagaan kesihatan, produk herba dan farmaseutikal, pelaburan dan perbankan Islam serta takaful. Untuk maklumat lanjut, layari Web Mihas