Doa Mohon Rahmat Allah

"RABBANAA AATINAA MIN LADUNKA RAHMATAN WAHAYYI' LANAA MIN AMRINAA RASYADAA"

Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami." (Surah Al-Kahfi: Ayat 10

Followers

Wednesday, April 13, 2011

Cara Mengira Kos Makanan untuk Katering

KOS MAKANAN (FOOD COST).

1. Anda perlu buat anggaran kos perbelanjaan anda untuk harga makanan/hidangan yang anda tawarkan kepada pelangan. Anggaran dalam kos makanan adalah tambahan kepada setiap barangan yang dibeli dengan kadar 22% ke 34 % dan ditambahkan lagi dengan kos 60%- 70% lagi sebagai kos upah kerja dan lain-lain kos yang tersembunyi dalam penyediaan menu tersebut.

Contoh : Sekiranya anda dipelawa untuk sebut-harga tempahan katering untuk 100 orang tetamu. Katakan menu yang anda cadangkan:

Nasi Tomato

Ayam masak Mamak Penang.

Daging Masak Itam Mamak Penang.

Dalca Mamak Penang.

Kerabu Nenas Timun Mamak Penang.

Air sirap Kurang Manis.

1. Cara kira kos Makanan satu hidang seperti di atas:

Nasi Tomato. Beras yang diperlukan (anggaran 1 kg beras boleh dihidangkan untuk 10 tetamu. Dengan ini anda perlukan 10kg untuk 100 orang. 10 kg beras hancur 5% berharga RM24.00. sekilo RM2.40, maka satu hidangan kos RM0.24 sen. Maka tambah 24 % + 66 %, RM0.48 sen atau RM0.50 sen kos untuk satu hidang Nasi Tomato.

2. Seekor ayam yang beratnya 1.8 kg dengan harga pembelian RM12.00. Ayam itu dipotong 12 bahagian. kos ayam seketul adalah RM1.00 maka ditambah 34% + 66% = RM2.00. Maka harga jualan seketul ayam masak merah anda ialah RM2.00.

3. Daging Masak Hitam 1.0 kg di potong 16 ketul. Sekilo daging ais batang pinang RM16.00. Satu ketul daging RM1.00 di tambah 24% + 64% = RM2.00. Maka Harga seketul daging masak Hitam ialah RM2.00.

4. Sebagai kiraan rambang, Dalca satu hidangan biasa RM0.50.

5. Sebagai kiraan rambang, Kerabu Timun dan Nenas satu hidangan RM0.50.

Maka Harga keseluruhan : RM0.50 + RM.2.00 + RM2.00 +RM0.50 + RM0.50 = RM5.50. Ditambah dengan air sirap RM0.50 Jumlah Besar: RM6.00 X 100 = RM600.00.

Nota: Kalau anda ingin bersaing harga dengan katerer lain jangan sekali susutkan nilai keuntungan anda. Tetapi anda boleh turunkan harga sebut harga dengan menjimatkan bahan masakan dan juga harga pembelian 24% dan 66%. Pembelian bahan masakan perlu tepat dan tidak boleh membazir. sumber -balannambiar.wordpress.com





















0 ulasan: