Pages

Tuesday, April 26, 2011

Panduan Mengekalkan Warna Sayur-Sayuran

Gambar -styledweller

1. Megekalkan warna asli Terung:

Kerap kali kita punyai masalah terung jadi lebam dalam masakan. Untuk mengelak lebam ini, terung yang telah dipotong perlu segera direndam dalam bekas air sehingga ia digunakan dalam masakan. Ini termasuk untuk keladi atau Pisang lauk.

2. Mengelak Sayur bendi berlendir dalam masakan.

Bendi perlu basuh sebelum dipotong. Jangan basuh selepas dipotong. Timun yang digugunakan dalam kerabu timun pun sama juga kaedahnya. Basuh dulu baru dipotong untuk mengelak kerabu timun anda terlampau berair.

3. kuah kari anda terlalu masin:

Basuh sebiji kentang. Potong dua bahagian, cara melintang. Masukkan dalam kari anda. Kentang yang belum masak itu akan serap kemasinan kari anda.

4. Cara Mengupas halia:

Gunakan sudu meja (table spoon) untuk mengupas kulit Halia. Cara ini amat cepat dari menggunakan pisau.

5. Memutihkan lagi Nasi Putih anda:

Titiskan dua atau tiga titis air limau yang segar. Ia akan memutihkan lagi nasi anda, dan nasi akan peroi dan tak melikat.

6. Kekalkan keranggupan karot dalam gorengan:

Basuh dan kupas kulit karot. Potong kehendak anda. Rendamkan potongan karot bekas air sejuk (air batu) untuk mengeluarkan warna karot supaya masakan anda tidak berubah warna asal. Tekstur karot anda jadi keras diluar dan kekal rangup walau pun cukup masak.

7. Megekalkan kerangupan dan mengekalkan kehijaun semula jadi sayur sawi atau sayur dedaun, kacang buncis , kacang panjang dan lain-lain.

Masak air didalam kuali atau periok dan masukkan sedkit garam. Apabila air mendidih masukkan sayur anda kedalam air panas 5-10 saat. Keluarkan serta-merta sayur anda dengan penapis dan masukkan terus ke dalam air ais yang tersedia. Biarkan sayur dalam air campur ketul ais 5-10 minit. Tapis kembali air. Anda boleh goreng sayur dengan api keras cuma 2-3 minit saja. Hasilnya Sayur anda kelihatan hijau dan garing dan amat lazat. Proses ini digelar “vegetable bleaching“.





0 ulasan: