Doa Mohon Rahmat Allah

"RABBANAA AATINAA MIN LADUNKA RAHMATAN WAHAYYI' LANAA MIN AMRINAA RASYADAA"

Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami." (Surah Al-Kahfi: Ayat 10

Followers

Wednesday, April 13, 2011

Resepi Nasi Tomato Mamak (Katering)



BAHAN-BAHAN: (BELOW 20 ORANG)

2 kg.Beras Basmathi / Beras biasa 5% hancur. Cuci dan rendam 10 minit dan toskan supaya kering.
1/2 tin Kimball Tomato Sup.
3 sudu besar Kimball Tomato Puree.
1/2 tin susu cair.
* Air mengikut sukatan beras 1 nisbah1. (1:1 jangan lupa sukat)

Bahan Untuk Tumis.
Minyak sapi 3 sudu besar/ baunya tak tahan gula 50:50 minyak masak biasa.
3 sudu besar mentega kalau tak suka minyak sapi. Boleh di campur.
2 btg. kayu manis 3″.
2 helai daun pandan dikerat 4 inci.
4 kuntum bunga lawang.
4 biji buah pelaga.
2 biji bawang besar dihiris.
1 sudu besar pes (kisar) bawang putih dan halia.
1 sudu besar bawang kisar.
1 sudu besar gula pasir / gula batu.
25 gm buah kismis dan sedikit janggus.


Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan periok, masukkan mentega/ minyak sapi.

2. Bila minyak panas, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, kismis, jangus. Dan seterusnya masukkan pes bawang putih dan halia telah dikisar, daun pandan, bawang dikisar.

3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan Kimball Tomato sup, Kimball Tomato puree, sus cair dan masukkan air yang telah disukat. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.

3. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mendidih, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.

4. Tunggu sampai wap mula cuba keluar dari tudung periok, isyarat nasi mulai sejat. Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna kuning pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan hangit. Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit – 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.

5. Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.

6. Jangan kerap buka tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banayak dan Nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Untuk hiasan gunakan bawang goreng dan kacang peas atau daun pudina. Kacang peas kalau menggunakan dlm tin pastikan air dikeringkan dahulu sebelum taburkan di atas nasi. Selamat mencuba.

Katering
OK masak untuk 1,000 (seribu) orang, periok yang perlu digunakan ialah periok 6 (enam) gantang. untuk makluman orang muda yang pening tentang gantang, cupak dan kati ini, sedikit penerangan sukatan terun-temurun masyarakat kita yang telah digunakan:


1 Gantang sama dgn 6 kati.


1 kati bersamaan dgn 600gm.


maka 1 gantang sama dengan (6X600) 3.6Kg.


sekiranya 6 gantang bermakna 21.6Kg.


* maka ambil mudah>> periok bersaiz 6 gantang, boleh digunakan untuk masak 20Kg beras. boleh menggunakan 2 pkt beras yg beratnya 10kg.


Dari pengalaman masak mamak, 1 kg. beras biasa boleh dihidang untuk 12 orang, tetapi sekiranya gunakan berasmathi cuma untuk 10 orang saja. Maka 20kg X 10 (orang) = 200 orang (untuk baru masak anggarkan kerak nasi 5% + 5% tambahan). Sekiranya untuk 1,000 orang, anda perlu masak 100kg. beras. Ini bermakna anda perlukan 10 paket beras beratnya 10kg sepaket. Maka untuk 1,000 (seribu) orang, anda kena masak 5 kali sekiranya gunakan periok 6 gantang. Jumlah periok akan jimatkan masa. Anggaran masa untuk masak ialah 45minit seperiok. Dapur gas dapur yang punyai enam mata..maknanya api perlu serata pada periok yang masak. Awas kawalan guna api dapur..jangan sampai hangit.


Resepi nasi Tomato biasanya gunakan beras hancur 5%. Beras ini elok sedikit dari 10% atau beras subsidi 15%. Jangan gunakan beras subsidi ini bukan kerana salah tetapi beras ini tidak sesuai langsung untuk masak nasi apa jenis pun. Beras Berasmathi pula terlalu mahal kosnya dan nasi tomato perlu nasi kembang sedikit untuk menyerap rasa tomatonya yang sedap. Berasmathi bila masak ia tak kembang dan lebih sesuai untuk masakan nasi minyak atau nasi beriani.


RESEPI UNTUK MASAK DALAM PERIOK BESAR 6 GANTANG ATAU UNTUK 200 ORANG:


BAHAN-BAHAN:


20 kg. Beras biasa 5% hancur.


3 biji bawang besar labu dihiris.


1/2 kg bawang besar dikisar dgn air – hasilnya lebih kurang 5 mangkok.


Bawang putih 3 butir + Halia 4 inci (kisar lebih kurang 1 mangkok).


1 tin Tomato Puri.


3 tinTomato Kimball Soup.


Susu cair 6 tin.


Gula pasir 1 mangkok.


Rempah ratus, kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga agak dlm RM1/= Jgn lebih nanti terlalu tengit baunya.


500gn minyak sapi/ Ghee. (Kalau anda rasa bau minyak sapi tak menyenangkan gunakan minyak masak 60-40).


Garam enam cekak.


Boleh tambah buah badam dan gajus dibuang kulit, direndam dan kisar halus kalau nak sedap lagi. (tidak kemestian)


Bawang goreng dan daun pudina untuk tabur di atas nasi setelah masak. kalu tak kenan bau pudina gunakan saja kacang peas hijau atau kacang campur. - sumber- balannambiar.wordpress.com

0 ulasan: