Pages

Wednesday, April 13, 2011

Tip Membuka Perniaagaan Katering

Bisnes katering adalah salah satu bisnes yang permintaannya agak tinggi sejak kebelakangan ini ,malah risiko untuk kerugian juga amat kurang, bisnes ini menawarkan keuntungan yang agak lumayan.Melakukan perancangan yang betul adalah satu keharusan pada mana-mana bisnes sekali pun.

Berikut poin-poin penting dalam membangun bisnes katering, sekadar rujukan Anda yang berminat.

Modal

Untuk bisnes katering, modal minima adalah sekitar RM30,000 RM50,000. Sebab,bisnes inimemerlukan sedikit waktu, dan RM30.000 cukup untuk 3 bulan ke depan.Modal menentukankekuatan, tapi bukan satu jaminan untuk berhasil keuntungan.Tetapi cara pengurusan danpengeloaan itu penting,sama ada berhasil atau tidak. Untuk mencapainya dimulai dengan perancangan.
 
Perancangan Pemasaran
 
Permulaan rancangan adalah dimulai dengan pembelian reset-reset kedai, atau pasar barang yg

kita beli. Di sini perlu melakukan pengamatan teliti, merancang, meramalkan, dan mengroyalti

untung ruginya . Berapa luas peluang yang kita perolehi pada masa sekarang ini dan bagaimana

potensi untuk terus memberi keuntungan.Bisnes ini bukan hanya untuk balik modal, tapi untuk mendapatkan keuntungan.

Apa yang harus adalah menetapkan siapa sasaran kita yang dituju, individu, badan Kerajaan,swasta, pelajar atau yang lain Kalau individu modal tidak banyak di keluarkan, sebab boleh dapatkan deposit dahulu,tetapi kalau badan kerajaan agak sedikit lumayan cuma kadang-kadang kena keluarkan modal dahulu, dan ambil sedikit masa.

Kedua, teknik pemasaran. Ini adalah cara kita menjual, jadi lihat siapa target yang dituju.Dimana kita berada ? Di sekitar kawasan mana?dengan kata lain networking yang baik,ramai kenalan.

Ketiga, adakan pelbagai promosi dan tawaran yang menarik untuk peringkat permulaan, supaya boleh promote nama syarikat kepada pelanggan, adakan door to door, pasang iklan, atau publisiti di blog buat sedikit artikal tentang bisnes katering anda .

Perancangan Produk

Bisnes makanan sangat sensitif terhadap rasa, kebersihan, dan harga. Oleh itu cara memasak perlu

konsisten, jangan ada rasa berbeza ,mencorak berbagai produk katering yang ditawarkan juga

perlu. Adakan bermacam-macam masakan, pakej menu kenduri yang perbagai-bagai, sama ada

secara buffet, bungkus, dessert,goodies atau apa saja mengikut kekretifan.Tujuan supaya kastemer nampak menarik dan sesuai dengan kehendak mereka.

 Perancangan Kewangan

Ini bersangkutan dengan pembelian bahan asas, penyediaan pembiayaan operasi, seperti gaji pekerja,dibayar harian, bulanan, atau mingguan perlu sangat diteliti awal. Pembiayaan untuk “over head”, seperti elektrik, transport, telepon, dan promosi. Begitu juga pembiayaan diluar operasi seperti ,dapur, periuk, gas, pelengkapan memasak,pinggan mangkuk,dan lain-lain.

Cadangan.

- Buatlah makanan yang memiliki ciri khas, sehingga orang mudah mengenalnya.Sedikit sebanyak ilmu masakan tempatan/negeri juga perlu diketahui, selain daripada masakan oriental, tradisional, Barat, dessert, boleh juga datangkan separuh hidangan kampung dan separuh menu kenduri biasa.

- Kalau pasaran lebih luas dan berkemampuan untuk pergi lebih jauh, boleh ditambahkan lagi modal.Kalau tidak bertahan dahulu dengan apa yang ada dan sentiasa pasang strategik yang lebih

kreatif.

- Modal lebih boleh datang pakej, termasuk sekali makanan untuk pengantin, charges untuk sewa pinggan bagi pengantin (pinggan yang ada lilitan emas ) kemudian hiasan meja utk makan beradap pengantin.vip, sewa konopi,video dan lain-lain

- Perkhidmatan sekadar minima,kalau kekurangan modal, seperti gunakan dahulu aset-aset yang ada,misalnya guna ruang masak di rumah sendiri, kalau di tempat sewa itu mahal.

- Pekerja dari kalangan keluarga sendiri ,begitu juga marketing


- Terakhir yang paling penting adalah, makanan tentulah kena sedap dan bersih, jangan lupa tepati masa.

CONTOH PAKEJ

Pakej 1

Nasi Minyak & Nasi Putih

Ayam Masak Merah

Gulai Dalca Daging

Daging MasaK Hitam / kurma daging

Jelatah

Acar Buah

Potongan Buah Oren / Puding

Air Bandung

—————-> 1 talam untuk 4 org makan Harga RM 22.00 – 25.00 (Order Extra 250 talam means utk 1000 org makan ) harga boleh dirunding kepada RM 22.00

Pakej 2

Nasi Minyak & Nasi Putih

Ayam Masak Merah

Pajeri Nenas

Daging Masak Hitam

Jelatah

Acar buah (tp buah tak berapa byk)

Buah oren / puding

Air Sirap

—————-> 1 talam untuk 4 org makan RM 20.00.00 (Order Extra 250 talam 1000 org makan ) harga boleh dirunding kepada RM 18.00

Modal permulaan diperlukan untuk membeli peralatan utama katering iaitu bekas keluli (chafing dish) untuk mengisi nasi dan lauk-pauk beserta set berkaitan, pinggan mangkuk, cawan dan gelas, sudu dan garfu, bekas air sejuk dan panas (paling kecil bekas 8 liter) dan kain alas meja. Ini adalah senarai peralatan asas yang paling utama.

Harus diambil perhatian, saya tidak mengalakkan anda membeli pinggan-mangkuk dan gelas atau cawan yang diperbuat dari kaca, kerana ia sukar untuk dikendalikan dan mudah pecah. Dapatkan peralatan yang dihasilkan dari melamine, walaupun ianya agak mahal. Banyak pilihan warna yang boleh dibuat. Tetapi banyakkan pinggan-mangkuk berwarna putih kerana ianya sesuai untuk semua keadaan dan majlis.

Namun cawan yang diperbuat dari seramik atau kaca berat (kaca bukan lutsinar) perlu ada untuk majlis seperti mesyuarat dan majlis yang berlangsung di pejabat kerajaan. Ada juga majlis seperti sambutan hari jadi dan perjumpaan khusus di sesuatu premis meminta supaya kateter menggunakan set cawan seamik atau kaca berat ini.

Ada sesetengah majlis atau acara tidak memerlukan anda menggunakan cawan / gelas kaca atau melamine dan pinggan atau piring melamine. Cukup sekadar anda membeli cawan dan pinggan yang diperbuat dari kertas atau styrofoam. Untuk selamat, anda perlu sediakan stok yang agak memadai supaya tidak kelam kabut apabila ada majlis yang perlukan peralatan pakai buang ini.

Bagi mendapatkan harga yang agak berpatutan, sila kunjungi kedai-kedai pemborong peralatan dapur, restoran dan katering yang ada di beberapa lokasi sekitar Malaysia. Kalau anda berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, boleh dapatkan peralatan katering di Pasar Chow Kit atau di kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan. Anda boleh juga dapatkan di Langkawi atau di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur di Kelantan.

Segala tips-tips diatas bukan hanya untuk bisnes katering sahaja, apa-apa bisnes yang berkaitan dengan pemakanan,semua di atas perlu dititik beratkan….semoga anda sukses- sumber alkiram.net


- Boleh juga membuat kiraan mengikut talam, contoh 1 talam 4 orang, atau kiraan kepala

0 ulasan: