Pages

Monday, May 9, 2011

Sosej dan Bebola Daging Mengandungi DNA Babi

PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT LUCKY FOOD PROCESSING SDN BHD
 


Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.12/2011 yang diadakan pada 22 April 2011 telah memutuskan supaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd (No. Siri Sijil 010949-010966) ditarik balik berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat tersebut. Penarikan tersebut berkuatkuasa serta merta. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Lucky Food Processing Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut:

1) menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

2) mengemukakan resit pembelian produk baru;

3) melakukan proses samak; dan

4) mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
Jakim
 
PUTRAJAYA: Sijil pengesahan halal sebuah syarikat pengeluar daging dan produk nilai tambah berasaskan ayam seperti sosej dan bebola daging yang beribu pejabat di Pulau Pinang ditarik balik serta-merta berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat terbabit.
Menurut laman web Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), keputusan itu dibuat pada mesyuarat Panel Pengesahan Halal yang diadakan pada 22 April lalu.

“Kajian terhadap produk keluaran syarikat berkenaan mendapati terdapat DNA babi, menyebabkan sijil halal syarikat itu ditarik balik serta-merta-harianmetro

Friday, May 6, 2011

Asal Usul Hari Ibu


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
 
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
 
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
 
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/



Sebagai umat islam kita hendaklah sentiasa menghargai dan meraikan ibu kita tanpa menunggu hari tertentu kerana jasa ibu terlalu besar.

Tuesday, May 3, 2011

Resepi Agar-Agar Mini (Kao Noom Look Choup)

Bahan-bahan ( 50 biji ) - sesuai untuk hantaran



200 gm kacang dal atau (kacang hijau yg siap dibuang kulitnya) 150 gm gula 1 sudu teh garam 100ml santan pekat KARA Pewarna


Bahan Pengilat 5gm serbuk agar-agar 150ml air 50 gm gula


Cara-cara Rendam kacang semalaman. Tos dan kukus selama 45 minit.


Kisar kacang tadi bersama gula, garam dan santan sehingga menjadi pes.


Masukkan kedalam periuk dan kacau diatas api sederhana hingga adunan menjadi kental. Angkat dan biarkan sejuk.


Ambil doh kacang seberat 10-15gm dan bentukkan menjadi buah-buahan yang disukai.


Apabila siap dibentuk, warnakan buah-buahan tadi. Kemudian cucuk dengan toothpicks dan tekan diatas polystyrene untuk mengeringkannya.


Untuk pengilatnya, masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Biarkan suam sedikit tetapi jangan sampai beku. Sekiranya beku panaskan lagi agar-agar tadi.


Ambil buah-buahan yang dah siap dibentuk dan celup kedalam agar-agar. Cucuk diatas polystyrene untuk mengeringkannya. Buat sehingga habis.


Buah-buahan mini ini dibuat dari kacang dal atau kacang hijau yang dibentuk dan diwarnakan seperti buah-buahan. Bahan pengilatnya datang dari agar-agar. Setiap doh hendaklah seberat 10-15gm kerana jika terlalu besar susah untuk dicucuk dengan lidi atau dicelupkan kedalam agar-agar. Seeloknya guna toothpicks untuk mencucuk doh semasa mewarnakannya- sumber kak Wan