Pages

Friday, August 5, 2011

Cara Mewarna atau Menghias Kek


Cara-Cara

  • 1 biji Kek
  • Vanilla frosting
  • Fondant (yang sesuai kuih anda)
  • Pewarna makanan
  • Tusuk gigi atau tusuk sate
  • Pastry bag dilengkapi dengan hujung bulat kecil
  • Decorating Brush pelbagai saiz
  • pemotong cookies atau stensil



    • Sapukan lapisan tipis frosting atas seluruh kek mengguna spatula . Biarkan kering selama 20 minit.
    • Siapkan Fondant Icing yang cukup untuk menutupi seluruh kek. Saya cadangkan lukisan kek ditutupi fondant. Hati-hati menutup kek dengan fondant supaya tidak ada gelembung. Potong sisa fondant.
    • Mula-mula lukis design atau gambar diatas kertas. Kemudian tekapkan gambar di permukaan kek mengguna pencongkel gigi atau lidi sate. Paling sesuai menggunakan cookies cutter. Cukup dengan tekan sedikit sahaja pada permukaan kek itu, hanya cukup untuk meninggalkan kesan sahaja.
    • Celupkan berus ke dalam pewarna makanan dan mengaplikasikan warna atas fondant dengan hati-hati, uji warna diatas sisa fondant sebelum anda warnakan gambar dikek itu sendiri. Campurkan beberapa warna jika perlu untuk mendapat warna yang diinginkan.
    •  
    • Jika perlu buat line atau border di gambar yang dilukis menggunakan frosting yang dimasukkan kedalam ising beg. rujukan e-how
    • Sample cookies cutter (BAGUS)

FROSTING
  • 63 ml air
  • 1 sudu besar gelatin halal
  • 125 ml sirap glucose
  • 1 1/2 sudu besar gliserin
  • 2 sudu besar lemak sayur (shortening)
  • 1 kg gula aising (Ayak dulu)
  • Pewarna pilihan

Cara-cara

  1. Kaedah double boiled akan digunakan utk membuat fondant ni. Bekas tahan panas diperlukan utk proses memasak.
  2. Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. Kacau dan ketepikan (lebih kurang 1min) supaya gelatin kembang.
  3. Double boiled bahan td. Kacau gelatin sehingga larut.
  4. Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut td. Kacau sehingga semuanya larut.
  5. Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan bahan td sejuk atau suam2 gitu.
  6. Setelah bahan suam2 kuku, masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit. Proses menguli boleh diteruskan menggunakan breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan)
  7. Doh yg sudah siap akan jadi warna putih- resepi mat gebu


FROSTING
100g butter
300g icing sugar



1 Tbs susu

1 tsp vanilla essence


Butter & gula pukul hingga kembang, masukkan susu dan vanilla essence

0 ulasan: