Pages

Thursday, July 21, 2011

Resepi Kueh Belimbing

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan marjerin/butter
  • 1 sudu makan gula
  • esen vanilla
Cara-cara
  • Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
  • Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
  • Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
  • Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
  • Goreng hingga kekuningan dan angkat.
  • Taburkan gula. Sedia utk dmakan

Tuesday, July 19, 2011

APA ITU HYPRO BULK SMS ?


Hyprobulksms merupakan satu sistem hebahan SMS Pukal (Bulk) melalui internet.Sistem ini sangat efektif dan dapat menjimatkan masa serta wang.Sistem HyprobulkSMS ini sesuai digunakan untuk tujuan promosi,pengiklanan dan hebahan kepada kumpulan yang anda sasarkan.Anda boleh menghantar bukan sahaja SMS,malahan MMS,Wap Push,Flash Message kepada semua rangkaian telekomunikasi tempatan dan antarabangsa dengan satu kadar yang rata iaitu serendah 9 sen.
SIAPA YANG PERLUKAN BULK SMS?
  • Agen MLM
  • Penerbitan
  • Hospitaliti
  • Jualan Runcit
  • Pendidikan
  • Pelancongan
  • Hiburan
  • Pengangkutan
  • Perdagangan
  • Korporat
Perkhidmatan Bulk SMS sememangnya sangat efektif dalam proses hebahan.Ia akan memberikan kelebihan kepada golongan PENIAGA/PENGUSAHA misalnya,untuk memberitahu tentang produk terbaru kepada pelanggan.Pihak SEKOLAH juga tidak lagi perlu menghantar surat melalui anak-anak mereka.Melalui Bulk SMS,semua info boleh dihantar terus kepada ibu bapa dengan hanya satu klik.Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk jemputan majlis,ucapan hari perayaan,majlis perkahwinan dan SMS harian semurah 9 sen.

PAKEJ SISTEM HYPRO BULK SMS



PAKEJ KREDIT SMS
Pakej Kredit SMS yang ditawarkan oleh HyproBulkSMS
PAKEJ A : 500 SMS = RM75 (15 Sen/SMS)
PAKEJ B : 1000 SMS = RM120 (12 Sen/SMS)
PAKEJ C : 2000 SMS = RM220 (11 Sen/SMS)
PAKEJ D : 3000 SMS = RM300 (10 Sen/SMS)
PAKEJ E : 4000 SMS = RM360 (9 Sen/SMS)


CARA GUNA HYPRO BULK SMS
Sila klik untuk melihat video penggunaannya:
  1. Penghantaran SMS
  2. Penghantaran MMS
  3. Penghantaran Bussiness Card
  4. Penghantaran SMS kempen
  5. Cara menambah sender ID
  6. Cara menjadual SMS / Reminder SMS
  7. Cara import contact dari handphone ke sistem
  8. Penghantaran SMS kumpulan
  9. Cara guna sistem Tell Me Feedback
Berikut adalah produk Hyprobulksms ini.Menyediakan perkhidmatan penghantaran sms secara pukal dengan hanya satu klik sahaja.Ianya sangat mudah dan amat menjimatkan kos.Selain itu juga Syarikat memperkenalkan satu sistem jana pendapatan secara lumayan sekiranya anda menjadi reseller kepada produk ini.Iaitu sekiranya anda memperkenalkan kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini, anda akan diberi komisyen mengikut pakej yang anda sertai.Lagi besar pakej yang anda ambil maka lagi besar la komisyen yang bakal anda terima nanti.
Seterusnya kita ke bab seterusnya untuk lebih memahami tentang hypro Bulk sms ini.Sekian.. - sumber khairulizuan.comhttp://khairulizuan.com/tag/apa-itu-hypro-bulk-sms/

Monday, July 18, 2011

Tip Untuk Berjaya Dalam Perniagaan

Berpandukan kepada Prinsip 'law of attraction' apa yang anda selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda. Berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes anda.

1.Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif. Tak percaya? lihat contoh ini..
anda kata "aku mahu isteri yang cantik" tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda "aku tak hensem, mana layak..".JIka minda anda sentiasa negatif , anda akan menarik perkara-perkara negatif negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya. Contohnya "aku selalu gagal dalam bisnes internet" gunakan affirmations seperti berikut "aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan"

2. Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari. setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri pernataan ini "aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan" ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.

3. Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda. JIka anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu.

4. Nikmati setiap minit dalam hidup anda.Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda "aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri.Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati."

5.Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya. Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya . Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain, anda akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang baik-sumber blogahmadtarmizi

APAKAH KEGUNAAN BULK SMS?

Jadi apakah sebenarnya sistem bulk sms?

Secara umum, bulk sms ialah satu sistem yang membenarkan kita menghantar sms secara pukal serentak dalam satu masa. Konsepnya seperti autoresponder la. Contohnya kita mempunyai 2000 nombor HP pelanggan, kita boleh hantar sms promosi terkini daripada anda kepada semua pelanggan anda serentak terus ke HP pelanggan anda.
Sistem bulk sms ini banyak digunakan oleh organisasi besar seperti bank, syarikat telekomunikasi dan juga pasaraya besar seperti Tesco, Sengheng dan sebagainya. Jika anda seorang ahli  Clubcard Tesco, pasti anda akan menerima sms promosi terkini di Tesco berdekatan dengan anda terutamanya ketika musim perayaan.
Semalam saya ada menerima sms promosi daripada RHB bank:
RHB: Enjoy 3.50% pa for 60-month FD placement in March only. For more information call us at 03-9206 8118. Terms and Conditions apply
Jika ada pelanggan mereka yang berminat, boleh menghubungi mereka atau ke cawangan RHB yang berdekatan.
Saya ada juga ada menerima sms promosi daripada Sengheng:
Purchase a Hitachi 1 H/P air-cond (RAS5115CY) @ RM1189 & get FREE Installation worth RM145. Only @ Senheng/senQ outlets. Valid till 31/3.T&Cs apply
Jadi jika ada pelanggan Sengheng yang berminat akan terus ke Sengheng untuk membeli produk yang ditawarkan.
Harga Bulk SMS?
Ia bergantung kepada penyedia perkhidmatan. Ada yang murah dan ada yang mahal. Biasanya penyedia perkhidmatan akan mengenakan caj setup dan juga bayaran untuk kredit sms. Biasanya caj per sms diantara RM0.08 sen ke RM0.15 sen per sms. Dalam bulk sms ia dikira sebagai kredit. Contohnya:
1000 kredit = 1000 sms
1 kredit = RM0.15
Jadi kos untuk 1000 sms adalah RM150. Itu tidak termasuk setup cost.
Biasanya setup kos diantara RM30 ke RM1000 bergantung kepada penyedia perkhidmatan. Malah ada yang menyediakan komisen kepada mereka yang memperkenalkan sistem mereka kepada orang lain.
Jika anda seorang usahawan, cari penyedia perkhidmatan yang menawarkan harga yang berpatutan bagi mengurangkan kos pengiklanan anda. Taip je kat google “bulk sms malaysia”, ada banyak jugak syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini. Cari & buat perbandingan dulu sebelum beli sistem bulk sms.
Kelebihan Bulk SMS
  1. Penghantaran sms boleh dihantar ke seluruh dunia asalkan nombor tersebut sah.
  2. Memudahkan promosi produk kerana orang pasti akan melihat iklan anda di HP mereka.
  3. Penghantaran secara pukal. Jadi tak la lenguh tangan kalau nak hantar satu per satu.
  4. Fungsi import nombor, biasanya sistem bulk sms membenarkan kita import nombor dari fail seperti txt atau excel.
  5. Meningkatkan jualan produk kerana respon sms adalah tinggi berbanding email.
Keburukan Bulk SMS
  1. Jika dilakukan secara rawak, ia boleh dikira sebagai sms spam.
  2. Sukar untuk mengetahui penghantar(sender), scammer boleh gunakan sistem ini untuk melakukan penipuan. Ini adalah kerana kita boleh set sender id kepada sesiapa sahaja. Malah boleh set, Maybank2u sebagai sender ID.
  3. Sesetengah sistem bulk sms, kredit tetap ditolak walaupun sms tidak sampai.Ia biasanya disebabkan nombor lama tak digunakan,penguna tukar nombor, nombor salah & sebagainya.
Baru baru ini terdapat satu kes dimana seorang pekerja telekomunikasi menjadi jutawan dengan perniagaan video lucah. Malah beliau ada gunakan bulk sms untuk promosi secara rawak kepada mana mana nombor.
Tips Pemasaran Mengunakan Bulk SMS
Jika anda mempunyai mana sistem bulk sms, gunakan dengan betul. Apa yang perlu anda buat sekarang ialah:
  • Mulakan untuk mengumpul database nombor telefon, nama dan email pelanggan anda.
  • Bina hubungan dengan pelangan anda. Hantar sms terima kasih dan  nyatakan penghargaan anda kepada mereka.
  • Tawarkan sesuatu yang bermanfaat kepada mereka seperti hadiah percuma, diskaun dan sebagainya.
Masa Yang Sesuai Guna Bulk SMS?
Tips ni saya dapat daripada Irwan Dahnil, Pakar Pemasaran SMS Malaysia. Beliau menyarankan agar gunakan sistem bulk sms pada:
  1. Waktu breakfast. Antara pukul 9-10 pagi.
  2. Waktu Lunch. Antara pukul 1-2ptg.
  3. Lepas office hour - Antara pukul 5-6 ptg.
Jangan gunakan pada waktu malam atau awal pagi kerana respon yang kurang terhadap sms. Mereka mungkin tidak akan melayan sms anda. Begitu juga waktu sedang bekerja. Elakkan daripada menganggu mereka dengan sms iklan anda ketika itu. Kesimpulannya elakkan:
  1. Waktu bekerja
  2. Waktu Malam
  3. Awal Pagi
SMS marketing merupakan teknik pemasaran baru yang cukup berkesan. Hasilnya kita boleh lihat ketika pilihanraya ke 12 yang lepas apabila bulk sms digunakan secara agresif di sesetengah negeri.
Jika ia digunakan untuk perniagaan, pastinya akan meningkatkan lagi jualan dan produktiviti perniagaan anda. SMS dan Internet merupakan antara media baru yang mempunyai impak yang cukup besar kepada kehidupan seharian kita. Malah menurut statistik SKMM, Malaysia merupakan antara penguna SMS terbanyak di dunia  walaupun kita hanya mempunyai 28 juta penduduk!
Ini menunjukkan rakyat Malaysia adalah penguna SMS tegar di dunia. Malah mengikut statistik terbaru SKMM, kadar pengunaan HP adalah 106.2% bagi penduduk Malaysia. Ia melebihi daripada jumlah penduduk Malaysia. Ini adalah kerana ada yang mempunyai lebih dari 1 telefon bimbit - sumber syamsuriadi