Pages

Friday, August 5, 2011

Resepi Tart Strawberry / Buah-buahan

Sumber : Citarasawan

Bahan A
250gm mentega

50gm gula ising

1 biji telur

1 sudu teh esen vanila


Bahan B
400gm tepung gandum

20gm tepung jagung


Kuning telur untuk sapuan, pewarna

Jem nenas secukupnya - digentel bulat


Cara-cara :

1.  Krimkan bahan A, Masukkan bahan B dan uli menjadi doh.  Ketepikan 100gm doh dan warnakan dengan warna hijau untuk daun.

2.  Doh yang selebihnya diwarnakan mengikut warna buah.  Ambil doh sebesar ibu jari dan masukkan jem nenas ditengahnya.  Bentukkan dengan bentuk buah-buahan disukai.

3.  Sapu dengan kuning telur yang telah diwarnakan mengikut warna buah dan lekatkan dengan daun yang diterap.

4.  Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit.                

0 ulasan: