Pages

Wednesday, March 28, 2012

Resepi Puding Jagung Strawberry



Bahan-Bahan:
  • 1 tin jagung
  • 200ml santan pekat
  • 1 cawan gula
  • 4 cawan air
  • 1 bungkus Tepung Hoen Kwe kuning
  • Sedikit garam
Cara-cara:


Puding Jagung (Bahagian Bawah)

1. Satukan semua bahan dan masukkan ke dalam periuk .
2. Kacau hingga pekat dan berkilat atas api pelahan.
3. Tutup api dan masukkan kedalam bekas.

Jelly Strawberry (Bahagian atas)


Bahan-Bahan
1 kotak Jelly Instant perisa strawberry
400 ml air


Cara-cara


1. Campurkan air dan jelly.
2. Masak diatas api selama 5 minit.
3. Tutup api dan curahkan jelly diatas puding jagung tadi. Setelah sejukkan dan bolehlah disimpan didalam peti ais.

Monday, March 26, 2012

Harijadi Nisha - 25 March



Aqil sedang menunjukan skill decoration


Nisha dan keknya


Hidangan ringkas untuk Nisha Birthday


3 beradik je yang celebrate

Resepi Kueh Lapis



Bahan-Bahan

1 1/2 Cawan Tepung Gandum
1 1/2 Cawan Tepung Beras
1/2 Cawan Tepung Ubi
1 1/2 Cawan Gula
8 Cawan Santan

Cara-Cara

Campurkan semua bahan dan tapis. Kemudian bahagi kepada 3 warna atau ikut suka. Panaskan kukus masukan dalam 5 senduk adunan untuk satu lapisan warna. Kukus selama 5 minit dan lapiskan dengan adunan warna lain pula dan seterusnya sehingga habis. Tunggu sejuk baru di potong.

Wednesday, March 21, 2012

Kek Span Coklat


Resepi - readymade mix sponge chocolate cake

Topping

200g Chocolate masakan
50 ml air panas
3 sudu besar susu pekat
1 sudu minyak masak

kacau semua diatas api pelahan dan sejukkan, Kemudian salutkan keatas kek

Zikir Melembutkan Hati Suami

Sumber : Sis Lin
 
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati



1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir



*Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.



4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

Doa Menghentikan Tabiat



sumber : Sis Lin

Dipetik dan di copy dari FB Fedtri Yahya.

Tuesday, March 20, 2012

MUFFIN PANDAN




Sumber : -rinnchan

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.

Monday, March 12, 2012

Resepi Serimuka Pelangi


Kuih Serimuka Pelangi
sumber: DaYangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah
  • 2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
  • 2 cawan santan cair
  • 1 s/k garam

Lapisan Pelangi
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • pewarna
  • Kuning, Hijau, Biru, Violet & Merah (warna biru tu pekat sgt menyebabkan kueh tu comot ngan perwarna biru)

Cara
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Hidangkan untuk minum petang.

Monday, March 5, 2012

Pavlova


Resepi Asparagus Goreng Udang



Bahan-Bahan

10 ekor udang sederhana besar
Secekak Asparagus
1 sudu makan pes bawang putih + halia
2 sudu makan sos tiram
1 biji cili merah (potong serong)
Garam secukup rasa
1 kiub ikan bilis / 1 sudu kecil serbuk secukup rasa maggie

Cara-Cara

Tumis pes bawang putih dan halia. Kemudian masukkan sos tiram dan udang. Setelah udang separuh masak, masukkan asparagus dan cili merah. Akhir sekali masukkan garam dan 1 kiub ikan bilis. Setelah asparagus lembut, bolehlah tutup api dan hidangkan.

Resepi Nasi Ayam Ipoh


sumber : potret kasih

Bahan Utk Nasi:
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia…yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu – sy tak letak
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 kiub ayam

Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)

Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara2:-
Mula2 buat air rebusan ayam…(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan…kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain…kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama…agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
selepas semua dah masak, boleh la di makan…cara penyediaan…timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

Thursday, March 1, 2012

Resepi Puding Tembikai/Semangka



Bahan-Bahan:

1 bungkus agar2
2.5 cawan gula pasir/ikut manis
6 cawan kecil air
4 biji putih telur
pewarna hijau-utk kulit
pewarna merah/kuning-utk isi
sedikit kismis-utk biji
sedikit esen rose

Cara-Cara:

1. Pukul putih telur hingga kembang/meringue sehingga kental dan bertanduk
2. Sementara itu, masak agar2 bersama gula dan air sehingga agar2 larut.Masuk esen rose jika suka.
3. Masukkan bancuhan agar2 ke dlm putih telur satu senduk dan putar lagi ulang sehingga agar2 dicampurkan semuanya.
4. Basahkan mangkuk bulat dan tuangkan ke dlm mangkuk bulat itu. Taruhkan sedikit pewarna merah/kuning ditengah agar2.
5. Kacau dgn chopstick/lidi sate. Jgn kacau sehingga terkena dasar bekas.
6. Letakkan kismis di permukaan agar2 tadi dan masukkan dlm fridge.
7. Bila agar2 dah sejuk, keluarkan dr bekas dan terbalikkan lalu disapu pewarna hijau sbg kulit.
8. Potong dan hidangkan

Resepi Pavlova Cheese




Source : Chef Azli
Bahan-bahan

4 lbiji (120 grams) telur putih
1 cawan (200 grams) gula kaster
1/2 sudu kecil  vanilla esen
1 sudukecil cuka makanan
1/2 sudu makan tepung jagung


Topping:

1 cup (240 ml) whipping cream (saya guna mascapone cheese)
1 1/2 sudu makan (20 grams) gula icing
1/2 sudu kecil vanilla esen

Cara membuat krim
  1. Pukul Mascapone dengan gula dan vanilla sehingga kembang.
Bahan lain
Buah segar- strawberries dan oren/sunkist. Buah-buahan mengikut kesukaan anda


Cara membuat
  1. Pukul putih telur sehingga setengah kembang. Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan gula semuanya telah hancur.
  2. Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan.
  3. Tuangkan atas kertas minyak dan bentukkan bentuk kubah selebar lebih kurang 18 cm diameter.
  4. Bakar dalam oven sepanas 130 darjah C selama lebih kurang 1 jam. Tuttup suis dan biarkan dalam oven sehingga sejuk.
  5. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim. Hiaskan dengan buah-buahan segar


 
 Cup cake ni sangat lembut dan sedap tapi toppingnya tak sempat nak buat. lain kali je buat lagi. Ini adalah antara resepi cup cake yang mudah dan sedap dari Lady Aries.



CUPCAKES COKLAT WITH ROYAL ICING
Sumber: Lady Aries

Bahan untuk kek coklat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur


Cara-caranya
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Bakar selama 20 mins at 170 degrees celsius


Bahan untuk Royal icing (Kali ini tak sempat buat)
4 1/2 sudu teh meringue powder
2 cawan gula icing – diayak
3 sudu besar air panas


Cara-caranya
Campurkan semua bahan dan dipukul hingga sebati. Jangan dedahkan icing kepada udara. Sebaiknya tutup dengan tuala lembap.

Pau Blueberry




Bahan-bahan
400 gram tepung pau (Blue key)

2 sdm gula pasir
1 sdk Baking Powder
1 sdt garam
1 sdm yis rendam bersama air suam 150 ml
2 sdm Margerin

Kertas untuk lapik
1 biji putih telur


Inti
Jem Blueberry




Cara-Caranya
1.Campur kesemua bahan kering hingga sebati.
2.Masukan yis yang sudah dicampur air suam hingga berbuih.
3.Gaul kesemua bahan hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat ditangan.
4.Biarkan doh selama 1 jam.
5.Tumbuk adunan dalam satu menit, lalu biarkan lagi sehingga kira-kira 1/2 jam.
6.Adunan dibulatkan dan diisi dengan inti.
7.Alas dengan kertas yang dipotong empat segi (2"x2").
8.Kukus selama 10 menit dengan penutupnya ditutup dengan kain.
9.Hidangkan semasa panas.