Pages

Thursday, March 1, 2012

 Cup cake ni sangat lembut dan sedap tapi toppingnya tak sempat nak buat. lain kali je buat lagi. Ini adalah antara resepi cup cake yang mudah dan sedap dari Lady Aries.



CUPCAKES COKLAT WITH ROYAL ICING
Sumber: Lady Aries

Bahan untuk kek coklat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur


Cara-caranya
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Bakar selama 20 mins at 170 degrees celsius


Bahan untuk Royal icing (Kali ini tak sempat buat)
4 1/2 sudu teh meringue powder
2 cawan gula icing – diayak
3 sudu besar air panas


Cara-caranya
Campurkan semua bahan dan dipukul hingga sebati. Jangan dedahkan icing kepada udara. Sebaiknya tutup dengan tuala lembap.

0 ulasan: