Pages

Monday, March 5, 2012

Resepi Asparagus Goreng Udang



Bahan-Bahan

10 ekor udang sederhana besar
Secekak Asparagus
1 sudu makan pes bawang putih + halia
2 sudu makan sos tiram
1 biji cili merah (potong serong)
Garam secukup rasa
1 kiub ikan bilis / 1 sudu kecil serbuk secukup rasa maggie

Cara-Cara

Tumis pes bawang putih dan halia. Kemudian masukkan sos tiram dan udang. Setelah udang separuh masak, masukkan asparagus dan cili merah. Akhir sekali masukkan garam dan 1 kiub ikan bilis. Setelah asparagus lembut, bolehlah tutup api dan hidangkan.

0 ulasan: