Pages

Monday, March 12, 2012

Resepi Serimuka Pelangi


Kuih Serimuka Pelangi
sumber: DaYangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah
  • 2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
  • 2 cawan santan cair
  • 1 s/k garam

Lapisan Pelangi
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • pewarna
  • Kuning, Hijau, Biru, Violet & Merah (warna biru tu pekat sgt menyebabkan kueh tu comot ngan perwarna biru)

Cara
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Hidangkan untuk minum petang.

0 ulasan: